ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Tuesday 21 October 2014

Khasiat Alfalfa

Tumbuhan Alfalfa
Ini adalah Alfalfa Sprout


Asal Usul Alfalfa


Alfalfa merupakan perkataan yang ajaib. Maksudnya dalam bahasa Arab ialah Bapa Herba. Alfalfa ialah nama sepohon pokok yang tumbuh di kawasan gurun. Akarnya berkeupayaan untuk tumbuh 100 hingga 1000 kaki ke dalam tanah untuk mencari air. Pada kedalaman tersebut, tanah kaya dengan mineral. Oleh itu, daun Alfalfa mengandungi zat-zat yang tidak dijumpai dalam buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Orang Arab memproses daun Alfalfa ke dalam bentuk serbuk. Semasa mengembara di gurun, sekiranya mereka lapar mereka akan melarutkan serbuk Alfalfa dalam air untuk mengembalikan tenaga mereka. Amalan ini telah dipraktis oleh mereka sejak zaman dahulu lagi.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

  • Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
  • Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
  • Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  • Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
  • Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  • Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

  • Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
  • Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
  • Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
  • Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
  • Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
  • Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
  • Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

ALFALFA KOMPLEKS SHAKLEE

Khasiat Alfalfa


Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa pestisid, tanpa racun kulat, tanpa bacteriosides, tanpa hormon sintetik dan tanpa bahan kimia.

Daun alfalfa ini akan dikeringkan dengan udara semulajadi untuk mengekalkan nutrisinya. Kemudian ia dijadikan serbuk dan selepas itu, dikompress menjadi tablet/pil. 

Setiap tablet/pil mempunyai 300mg alfalfa. 



Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan konsultansi atau sebarang soalan, boleh hubungi saya seperti berikut:

Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 011-31209418
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih