ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Sunday 19 October 2014

Resepi Kek Pisang Pemanggang Ajaib



Hari ni nak share resepi Kek Pisang Pemanggang Ajaib. 

So, ada 4 biji pisang yang sudah terlalu masak. Nak makan pon tak sedap sebab lembik dan terlalu masak. So godek-godek google, jumpa la resepi kek pisang guna pemanggang ajaib.


Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji pisang
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit esen vanila /pisang

Cara nak buat resepi ini: 

1. Ayak gandum, soda bikarbonat dan baking powder bersama-sama dengan mesra sekali ye :) dan ketepikan

2. Pukul telur sampai kembang dan masukkan gula, pisang dan esen vanila atau esen pisang. pukul sampai sebati, boleh guna blender atau mixer.

3. Selepas dah selesai pukul secukupnya, masukkan gandum yang diayak bersama soda & baking powder tadi sikit-sikit dan kacau sehingga campur sebati. boleh guna tangan atau mixer. 

4. Selepas semua bahan dah sebati, masukkan minyak dan kacau sebati. dan pastikan minyak sebati dengan adunan.

5. masukkan dalam pemanggang dan jangan tutup penutup. biarkan atas api perlahan selama 10 minit. dan selepas itu, baru tutup penututp, dan biarkan lg 10 minit. 

6. Dah masak. Boleh cucuk dengan lidi untuk check dalam dah masak tp saya flip pemanggang tu nak bagi garing sikit sebelah lagi. 

Kek Pisang Pemanggang Ajaib


Kek Pisang Pemanggang Ajaib



Your Health & Beauty Consultant: Noor Fatihah bt. Salleh Whatsapp & Telegram: 011-31209418 Facebook: Nutrisi Hatiku Instagram: nutrisihatiku_shaklee Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih