ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Saturday 25 October 2014

Kesilapan Ketika Mengambil Supplemen

Ada sesetengah orang yang mengamalkan supplemen tapi tidak mendapat kesan yang sepatutnya. Ini kerana ada berbagai-bagai sebab. Dan kita perlu lah mengambil tahu cara pengambilan vitamin yang betul melalui distributor.

Antara kesilapan Ketika Mengambil Supplemen adalah:


1. Tidak Konsisten
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, hendak lah mengamalkan supplemen itu secara konsisten. Untuk tubuh mendapat keserasian dengan supplemen, sekurang-kurangnya 90 hari (3 bulan) - 120 hari (4bulan). Konsisten dari segi masa dan juga pengambilan air. 

2. Kurang pengambilan air
Air memainkan peranan penting dalam proses penyerapan vitamin ke dalam tubuh. Ia juga membantu badan mengeluarkan toksin dalam badan dan membantu badan menyerap vitamin dengan lebih baik. 

kepentingan air


3. Makan terlalu banyak supplemen pada satu masa
Haa... yang ni satu lagi. Ada yang jenis malas nak makan supplemen ikut masa. Jadi, ambil semua jenis pada satu masa. Ni salah ye. Kerana ia menyebabkan kepekatan darah meningkat, apatah lagi kalau dibuat macam ni pada waktu malam, sebelum tidur bedal semua jenis vitamin, pastu minum air tak cukup. ishh ishhh... 

Eloknya, bahagikan supplemen tu. Pagi makan apa, tengahari makan apa dan malam apa. tengok kesesuaian dengan pemakanan kita.

4. Makan supplemen dengan minuman berkafein.
Kafein membuatkan supplemen anda makan tidak berkesan kerana ia seolah-olah meghalang penyerapan kedalam tubuh. Contoh: Zat Besi. Kafein menghalang penyerapan zat besi. Jadi pengambilan zat besi seperti vitalea adalah membazir sahaja kerana badan tidak dapat pun menyerap vitamin tersebut.

5. Gabungan pengambilan yang salah.
Tahukah bahawa pengambilan jenis vitamin dengan vitamin yang lain ada bezanya? seperti:

Vitamin E & GLA tidak digalakkan diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa menganggu penyerapan vitamin E dan GLA (mengandungi vitamin E)

ESP dan Ostematrix tidak boleh diambil dengan Vita-Lea kerana kalsium menganggu penyerapan Zat Besi dalam Vita-Lea. 

Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.
Vitalea tidak boleh diambil oleh pesakit Talasemia & Hypertyroid
ESP tidak boleh diambil oleh Hipotyroid.

Ibu Hamil tidak digalakkan mengambil Vivix, Vitamin E, GLA, alfalfa, cinch, Caratomax, Lecithin, Nutriferon.. kerana kandungan anti-oksida yang tinggi, kerana risau menyebabkan keguguran kecuali atas nasihat doktor. 



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih