ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Sunday 30 November 2014

Tips Kehamilan untuk Pengantin Baru

Hari ni Faa nak share tentang tips hamil.. selain mengamalkan Set Kehamilan Shakee untuk usaha anda untuk hamil . Anda boleh amalkan tips ni untuk lebih membantu anda hamil..

Tips hamil

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil


3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda.


4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.


5. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras.


6. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.


7. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.


8. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.


9. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah


10. Berdoa kepada ALLAH. Berusaha dan bertawakal lah





Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday 29 November 2014

Tak cukup kalsium sebab tak suka minum susu

Ada orang tak boleh minum susu kerana ada yang tak suka bau susu dan ada jugak yang alah pada laktosa. Bila minum susu akan sakit perut dan cirit birit. Apa patut kita lakukan untuk mendapatkan Kalsium yang cukup untuk kekuatan tulang? Apa kesan tak cukup kalsium pada kita?


Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm


Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan

Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering


Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Kekejangan atau kram otot (sengugut)
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets


Mengikut kajian pengambilan Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan Magnesium. Penyerapan Kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran Magnesium. Kekurangan Magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan Kalsium. Pengambilan Kalsium dan Magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.


kalsium shaklee




Perasan tak bila orang cakap pasal OsteMatrix (Kalsium/Magnesium), mesti akan cakap, mudah untuk tidur lena dengan kalsium? Mestilah kena perasan sebab dengan kehadiran MAGNESIUM, satu-satunya mineral yang diperlukan oleh setiap sel di dalam tubuh kita ni. Mudah untuk tidur dan tidur dengan lena sebab otot-otot dapat rehat, semua dah release dah pastu bangun pagi pun rasa segar sihat aja. Bertenaga, mengurangkan risiko kanser. Memang terbaiklah.



Kebaikan OsteMatrix Shaklee:

1. Bantu melawaskan - Magnesium bersifat menarik air, lebih banyak air boleh dibawa ke dalam usus dengan mengambil makanan tambahan magnesium atau dengan memakan makanan yang tinggi magnesium. Air di dalam kolon akan membuatkan najis lebih lembut dan membolehkan usus untuk menyerap air dari kotoran jika badan memerlukannya.


2. Senang nak bangun tidur - Ostematrix mengandungi Magnesium yang membantu tubuh kita mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti


3. Bangun pagi terasa segar dan badan tak lenguh - Ostematrix mengandungi kalsium yang membantu mengurangkan sakit yang berkaitan tulang, termasuk lah sakit pinggang


4. Tiada sakit sengugut dah - kekurangan kalsium dan magnesium menyebabkan rasa sakit ketika haid. OsteMatrix membantu membekalkan dan mengantikan kalsium dan magnesium yang kurang semasa haid. Ini membantu mengurangkan rasa sakit sengugut.




Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday 28 November 2014

Supplemen untuk persediaan ingin hamil

Setiap pasangan berkahwin sudah tentu inginkan cahaya mata. Mengambil supplemen adalah salah satu persediaan untuk mereka untuk hamil untuk memastikan rahim kuat, dan tubuh badan ibakal ibu sihat untuk hamil. 

Shaklee mempunyai beberapa produk dalam set kesuburan suami isteri. 


kesuburan untuk hamil


Supplemen untuk Suami 



1. Zink Kompleks
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan

Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.



2. Vitamin E Kompleks
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.



Supplemen untuk Isteri


1. ESP Shaklee
  • Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat. 
  • ESP membantu kuatkan rahim, rahim bagi mereka yang mempunyai lemah rahim
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna 
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang 
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan
  • Meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum



2. B-Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.




3. GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.



Jom Baca: Bagaimana cara makan set kesuburan untuk haid tak teratur?


Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday 27 November 2014

Tips Temuduga

Ramai yang tidak tahu apa perkara yang perlu dilakukan sebelum menghadapi temuduga. Terutama sekali bagi mereka yang pergi temuduga buat kali pertama. Disini adalah:





Tips-tips Temuduga



Buat peyelidikan dan ketahui tentang syarikat 
Ini membantu anda menjawab soalan tentang syarikat dan menujukkan rasa ambil tahu tentang syarikat, produk, sejarah dan bidang apa. 



Berlatih
Sebelum temuduga yang sebenar, pastikan anda berlatih bercakap sendiri, atau dengan kawan. Supaya anda tidak gagap dan kaku apabila diberi soalan. 



Bersedia
Pastikan pakaian anda kemas, rapi dan sesuai untuk jenis syarikat anda menemu bual dengan. Bawa portfolio yang bagus dengan salinan resume anda. Termasuk pen dan kertas untuk mengambil nota.



Tepati Masa
Tepati masa untuk temuduga. Iaitu lima hingga sepuluh minit awal. Jika perlu, anda mengambil sedikit masa untuk memandu ke lokasi temuduga lebih awal daripada masa supaya anda tahu di mana anda akan dan berapa lama ia akan mengambil masa untuk sampai ke sana. Berikut adalah lebih kepada menyediakan untuk temuduga.



Bertenang
Semasa temu duga kerja anda cuba untuk relaks dan kekal tenang. Kumpulkan idea-idea jawapan dalam kepala. kekalkan hubungan mata dengan penemuduga. Dengar keseluruhan soalan sebelum anda menjawab dan memberi perhatian - anda akan malu jika anda terlupa soalan.



Tunjukkan Apa yang Anda Tahu
Cuba untuk mengaitkan apa yang anda tahu tentang syarikat itu ketika menjawab soalan. Apabila membincangkan kerjaya anda, Pencapaian anda, sumbangan anda yang boleh memberi keuntungan kepada syarikat. 






Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday 26 November 2014

Resepi Popia Basah

Hari ni nak share resepi Popia Basah. Cara masak kulit popis ni guna pemanggang ajaib sebab tak melekat. 


pemanggang ajaib




Untuk Buat Sambal:
1) 20 tangkai cili kering
2) 4 ulas bawang putih (x guna bawang merah ye. nanti sambal x tahan lama)
3) 1 cwn sos tomato
4) 1 ketul gula melaka
5) sedikit air asam jawa
6) 1 senduk gula pasir
7) 100 gram udang kering

semua bahan ni ditumis ye. pastikan betul2 masak dan pekat macam merah kehitam2an. perasakan dengan sedikit garam.


Untuk bua inti:

1 batang carot – disagat
5 batang kacang panjang – dipotong 1 cm
sekeping, dua tauhu – potong dadu 1cm
1/4 biji sengkuang – disagat
ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn.
bawang merah

panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang. masak denagn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat – ketepikan.


Untuk Buat Kulit Popia Basah:

bahan-bahannya..
1) 1/2 kg tepung gandum
2) 1 biji kuning telur
3) 1 sd garam
4) 1 sd cuka masakan
5) air yg secukupnya.

1) bancuh semua bahan, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2.
perap 3,4 jam.
2) setelah diperap, panaskan kuali non stick dgn api perlahan (boleh guna Pemanggang Ajaib)
3) sapu minyak dengan nipis atas kuali tu. guna tuala kecil @ tisu. jangan buh minyak banyak nanti adunan x nak lekat.
4) angkat kuali dari api, letak atas meja. dengan tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis. bawa/tarik adunan serata kuali. (benda ni kena praktis la..hehe.. tapi sebenarnya senang je..)
5) adunan yangg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk bersama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.
6) lepas tu letakkan kembali kuali atas api, masa ni bleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau. biar beberapa minit, lalu boleh lah diangkat. buat sampai habis
7) ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya. jangan banyak2. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..

Sumber



Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday 25 November 2014

Wanita tidak seharusnya mengabaikan diri dan tidak menjaga kesihatan.

Wanita perlu mememntingkan kesihatan dan kecantikan mereka, walaupun sibuk dengan tugasan kerja atau sebagai surirumah. Wanita tidak seharusnya mengabaikan diri dan tidak menjaga kesihatan. Apabila kita sihat, tentulah badan dan muka lebih ceria dan berseri. 


Shaklee membawakan 3 produk yang bagus untuk wanita dari segi kecantikan, kesihatan dan juga kesuburan. 







1. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.







2. VITA-LEA IRON FORMULA - Multi vitamin & Multi mineral

Multivitamin yang Hebat!!
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
merah.






3. GLA COMPLEX

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan (Cara kira kitaran haid untuk hamil)
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.




Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday 24 November 2014

Rambut asyik gugur? cara nak menumbuhkan dan melebatkan

Adakah anda risau dengan kehilangan rambut kerana keguguran? Rambut makin menipis? Penat sudah mencuba pelbagai cara dan syampu dipasaran? 


Ingin tahu cara menumbuhkan rambut dan melebatkan? Cara ini saya sendiri amalkan, dan Alhamdulillah... berkesan dan masih dalam proses. 



Hari ni, Faa nak share tentang rambut gugur dan cara nak menumbuhkan dan melebatkan rambut. 



Sebenarnya, apa yang Faa buat hanyalah mengubah apa yang Faa makan dan menambah supplemen untuk mempercepatkan proses. Yelah, kita takkan dapat khasiat 100% daripada apa yang kita makan. Badan memerlukan supplemen untuk memastikan dapat nutrisi dan zat yang cukup. 



Ada banyak sebab kenapa rambut boleh gugur atau menipis... Antaranya adalah kekurangan vitamin, tekanan, tak cukup tidur, merokok, ubat-ubatan, dan menopaus. Ada juga yang disebabkan oleh alat-alat seperti pengering rambut, seterika rambut dan bahan kimia. 



Faa amalkan cara yang semulajadi, yang memberi ruang untuk kulit kepala sihat dari dalam. Sebab rambut tumbuh dari kulit kepala kan. Kalau kulit kepala tak sihat, rambut pun mesti bermasalah



Antara yang diamalkan oleh Faa untuk mengatasi masalah rambut adalah:



1. Tidur yang cukup. 

Tidur adalah penting untuk mengurangkan tekanan. Dan semasa tidur, badan kita dapat berehat. Biasa waktu tidur Faa adalah 10.30 -11.00 malam. Dulu suka sangat tidur lewat, pukul 3 pagi pun tak tidur lagi. Memang stress sangat. Alhamdulillah, sekarang Faa tukar waktu tidur.. 



2. Makan makanan yang membantu pertumbuhan rambut. 
Antara makanan yang Faa amalkan adalah ikan dan sayur. Ayam dan daging biasanya makan hujung-hujung minggu je. Sebab rambut buat daripada protein kan. dan Ikan mempunyai Omega-3, selain dari tu, untuk tambah omega-3 dalam badan, Faa makan supplemen OmegaGuard Shaklee yang memberi sumber omega-3 yang terbaik



Selain daripada omega-3, zat besi juga penting. Sebab tak cukup zat besi, maka Hb darah tak normal. Faa dulu memang ada anemia kurang zat besi. Rambut memang teruk, bukan rambut saje, tapi semua la. Sebab oksigen tak cukup. Kan darah yang angkut oksigen ke organ-organ dalam badan. Dan supplemen yang Faa makan adalah Vita-Lea Formula Zat Besi. 



Untuk protein, supplemen yang Faa ambil adalah ESP Shaklee yang kaya dengan protein soya-non gmo tau. memang bagus dan membantu Faa dari segi hormon dan lain-lain. 




3. Makan makanan yang kaya dengan lemak sihat. 
Pernah dengar lemak sihat tak? Lemak bukan semua jahat, ada yang sihat dan bagus untuk badan. Seperti minyak zaitun, buah avocado, kekacang, telur dan minyak ikan. Semua ini adalah lemak yang sihat dan kaya dengan khasiat untuk pertumbuhan rambut dan juga membantu menambah metabolisme. 



4. Tukar syampu yang tiada @ tanpa  SLS. 

Faa memang alah dengan SLS. Kalau pakai syampu SLS, kepala memang gatal dan ada jerawat. Bila ada jerawat, kawasan situ memang banyak yang gugur. Maksudnya kulit kepala tak sihat lah tu. hehe... Sekarang Faa pakai syampu yang super best iaitu Prosante Revitalizing Shampoo




Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit daripada dulu. Hb pun dah normal, last sekali check masa Hb low, adalah 5.2 macam tu. Sekarang Faa 13.4... So happy... 




Siapa-siapa ada masalah rambut, boleh whatsapp Faa. InshaAllah Faa membantu -- 0179192298
Faa pernah sharing tentang kebaikan shaklee untuk masalah rambut




Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday 23 November 2014

Cara mudah membakar lemak dengan minyak ikan

Adakah anda ingin menurunkan berat badan? Kalau Ya, dengan cara makan supplemen minyak ikan, ia boleh membantu anda membakar lemak dan seterusnya menurunkan berat badan. Ini lah cara mudah membakar lemak dengan minyak ikan



Minyak Ikan mempunyai kebaikan dalam penurunan berat badan kerana pelbagai mempunyai Omega-3. Mari sini Faa cerita kenapa minyak ikan membantu membakar lemak dan turunkan berat badan. 



1. Minyak Ikan yang mengandungi Omega-3 membantu untuk membakar lemak dan membina otot
dengan adanya omega-3, pembakaran lemak lebih efisyen kerana omega-3 membantu meningkatkan metabolisme. dan apabila anda bersenam dengan pengambilan minyak ikan, lemak lebih banyak dibakar dan membantu membina otot. 



2. Minyak Ikan mengurangkan selera makan. 
Pengambilan minyak ikan diantara waktu makan adalah bagus kerana ia membantu mengawal selera anda. Ini adalah kerana satu bahan kimia yang dirangsang oleh minyak ikan iaitu Serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda. 



3. Minyak Ikan mengurangkan penyimpanan lemak
Minyak ikan membantu mengurangkan penyimpanan lemak dari makanan. Ini kerana ia mengurangkan penghasilan hormon kortisol. kortisol adalah hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak. Apabila hormon ini dikurangkan, maka penyimpanan lemak pun akan berkurang.



Nak tahu? Shaklee ada minyak ikan yang terbaik! Ia membantu ramai orang menurunkan berat badan. Jom Baca : Turun Berat Kerana OmegaGuard.




minyak ikan membakar lemak




Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday 22 November 2014

Perbezaan Lecithin dan OmegaGuard untuk pembakaran lemak

Dalam set penurunan berat badan, biasanya akan dicadangkan antara Lecithin, OmegaGuard, Herblax dan Cinch. Dan semua produk-produk membantu anda untuk menurunkan berat badan. Tetapi tidak semestinya anda perlu mengambil semua. Sebab itu anda perlukan konsultansi daripada SID yang dilantik, supaya anda dapat tahu cara, produk mana dan mengikut bajet anda ada. 


Hari ni, Faa nak bincangkan tentang perbezaan antara Lecithin dan OmegaGuard untuk menurunkan berat badan. Tetapi sebelum tu, Faa nak bagitahu, untuk turunkan berat, jangan bergantung pada supplemen dan makan ikut selera. Pemakanan perlulah sihat dan terkawal, air yang diminum pun perlu cukup. Supplemen hanya membantu proses menjadi lebih cepat sahaja. 



lecitin dan omegaguard


LECITHIN 

Lecithin Shaklee berasal dari ekstrak kacang soya organik dan berfungsi mengelmulsikan lemak dan menghalang lemak dari terlekat pada dinding membran. 

Emulsi lemak bermaksud, ia membantu memecahkan lemak menjadi molekul yang lebih kecil supaya senang di bawa keluar dari badan. Jadi, lecithin lebih berfungsi untuk memecahkan lemak untuk makanan yang baru dimakan dan bukan lemak yang termendap dalam badan. Ia membantu menghalang pemendapan lemak yang baru dimakan. 





OMEGAGUARD

OmegaGuard Shaklee dihasilkan dari ikan laut dalam diperairan jepun. (Baca: Kebaikan OmegaGuard)

OmegaGuard bukan pengelmulsi lemak tetapi ia membantu pembakaran lemak dan boleh membantu mengawal selera makan. Kerana mengandungi khasiat Omega-3 yang berfungsi:

  • Menghalang pembentukan lemak
  • Menambah metabolisme badan
  • Membakar lemak

Omega-3 juga membantu mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menggalakkan penyimpanan lemak. 

Ia juga menambah penghasilan serotonin yang membantu membuat kita kurang rasa lapar dan membantu mengawal selera makan. 


Untuk mengetahui yang mana lebih sesuai untuk anda dan mengikut bajet. Boleh hubungi Fa seperti dibawah:


Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday 21 November 2014

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?



1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.



MANFAAT VITAMIN C

Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)


 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday 20 November 2014

Manfaat Teh Hijau untuk Kesihatan Perempuan dan Lelaki

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari NegaraChina dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.




Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan


Antara manfaat minum teh hijau ialah:


  • Lembutkan kulit - Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.


  • Lindungi kulit - Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.


  • Pelindung memori - Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.


  • Pencegah kanser - Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.


  • Memanjangkan hayat - Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.


  • Menurunkan berat badan - Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.


  • Mencegah penyakit gigi - Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

  • Mencegah keracunan makanan - Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.


  • Menurunkan tekanan darah - Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.


Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan lain-lain. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.






Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday 18 November 2014

Tips Mengecilkan Peha

Tips Mengecilkan Peha

1. Lakukan 30 minit senaman kardio

Senaman kardio menaikkan kadar jantung anda ke tahap yang maksimum memastikan kalori dan lemak didalam badan dibakar. Senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal, melompat tali dan kickboxing boleh membantu anda membakar mana-mana sahaja dari 500 kepada lebih daripada 1,000 kalori jika dilakukan dengan betul.



2. Lakukan sekurang-kurangnya lima set 20 kali senaman lunges
Senaman ini mengukuhkan kaki anda untuk membantu melakukan senaman kardio dengan lebih berkesan. Ini akan membantu proses pembakaran lemak diseluruh badan dan paha dengan berkesan.



3. Lakukan senaman bebanan selama 30 minit setiap hari
Selepas senaman kardio untuk membantu membina otot dan membakar lemak di seluruh badan dan paha.




4. Lakukan senaman ‘Jumping Squats’
squat
Ia akan membantu mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat. Mulakan dengan berdiri tegak kemudian buka kaki sedikit sampai selebar pinggul, dan juga posisikan tangan anda pada pinggul. Selepas itu kencangkan otot perut anda terus ke arah dalam, selepas itu tekuk lutut sampai ke posisi paha sejajar permukaan lantai. Lompatlah dan mendarat dengan posisi yg sama. Lakukan di kawasan yang luas. Ulangi gerakan ini lebih kurang sebanyak 15 kali.




5. Kurangkan makan makanan berkalori tinggi dalam diet harian
Pilih makanan seperti biji-bijian. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans.



6. Lakukan senaman aerobik

Senaman aerobik adalah baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.



7. Bersenam sekurang-kurangnya sepuluh minit berterusan
Kerana apa-apa yang kurang tidak akan benar-benar membantu anda membakar kalori terutama dikawasan perut dan paha anda. Anda juga akan mahu untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.



8. Tegas dan tetapkan di dalam jadual harian anda untuk melakukan senaman dan menjaga makanan yang diambil.. Tetapkan target harian dan mingguan anda.



9. Makan makanan ringan yang sihat
Makan satu makanan ringan di antara waktu makan. Ini akan membantu badan anda belajar untuk memproses semua makanan yang lebih baik.


10. Gunakan produk kesihatan
Seperti makanan tambahan yang akan dapat membantu dalam mempercepatan proses mengecilkan perut dan paha dengan cepat yang berada didalam pasaran. Yang penting hanya pastikan yang ia adalah mendapat kelulusan pihak yang bertanggungjawab.



SUMBER



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sarapan yang kaya dengan protein

Pernah tak bangun pagi dan tak tahu nak sarapan apa? Tentulah nak yang menyihatkan dan mengenyangkan. Pada masa yang sama nak jugak rasa puas dengan sarapan tu. 

Tahukah anda bahawa Sarapan perlu diambil dalam masa sejam bangun tidur untuk pastikan metabolisma anda tak turun?

Sarapan adalah satu hidangan yang penting kerana ia adalah makanan yang mula-mula kita makan selepas bangun tidur. Sarapan mestilah berkhasiat dan cepat disiapkan untuk mereka yang berkerjaya. 

Faa kalau nak cepat, memang sarapan dengan ESP Shaklee je. Selain daripada ESP, kadang-kadang sarapan Faa adalah roti wholegrain dengan mentega kacang, oatmeal dengan pisang, dan buah-buahan seperti epal dan pisang. 

Namun begitu, bagi mereka yang nak cepat. Faa memang cadangkan ambil antara mealshakes, cinch shake atau ESP. Sebab tiga produk Shaklee ni, kaya dengan protein dan rasa nya yang sangat memuaskan nafsu lapar. 



1. Cinch Shaklee dan kebaikan nya. 
  • Menu sarapan, makan tengahari, dan makan malam yang ringkas dan mudah
  • Kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram setiap hidangan
  • Memberi rasa kenyang yang puas
  • Menghilangkan lemak dan tetap memelihara otot bagi membolehkan kalori dibakar dengan sempurna
  • Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
  • Setiap hidangan cinch shake mengandungi 24 gram protein bagi tujuan meningkatkan metabolisma untuk memberikan tenaga
  • Indeks Glisemik -22 amat sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Kaya dengan protein dengan *leucine – asid amino
  • Protein juga dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan
  • Mmembantu merendahkan kadar gula tapi memberi tenaga
  • Tiada perasa, warna atau pemanis tiruan
  • Memberi 35% nilai harian vitamin dan zat dalam setiap hidangan

kebaikan cinch shake
Cinch Shake Mix



2. ESP dan kebaikkannya

  • Membantu menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh




3. Meal Shakes dan Kebaikannya


  • Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
  • Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
  • Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
  • Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.





Dengan pengambilan protein, tubuh anda akan rasa lebih cepat kenyang dan tahan lama. Kalau sarapan ESP/Cinch/Mealshakes pukul 7, nanti pukul 10 macam tu, Faa akan makan snek ringan yang berkhasiat seperti kekacang, buah-buahan dan biskut gandum penuh. 




Your Health & Beauty Consultant: 

Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday 17 November 2014

Ada apa dengan Cinta 2014?

Dah tengok filem pendek Ada apa dengan Cinta 2014?

Ia adalah sambungan apabila Rangga berjanji dengan Cinta akan kembali selepas satu purnama. Tetapi Rangga tak balik-balik sampai 12 tahun. Lama tu..

Agak menarik sambungan kisah cinta ini yang ditaja oleh aplikasi LINE. Dua-dua sudah ada kerjaya dan masing-masing masih single. Cinta di Jakarta dan Rangga kerja di New York.






Masih ingat puisi Rangga untuk Cinta sebelum Rangga pergi ke New York?

Ada Apa Dengan Cinta?

perempuan datang atas nama cinta
bunda pergi karna cinta
digenangi air racun jingga adalah wajahmu
seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan

ada apa dengannya
meninggalkan hati untuk dicaci
lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa

ada apa dengan cinta
tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya.
bukan untuknya, bukan untuk siapa
tapi untukku
karena aku ingin kamu,itu saja.


By : RANGGA

Dulu, masa sekolah. Siapa tak tengok Ada Apa dengan Cinta ni.. macam tak happening la. Budak-budak sangatkan..

Sebenarnya sambungan cerita tu, nak katakan... sekarang ni nak bercinta guna LINE pun boleh je. Zaman dah moden. Dulu, nak telefon mak, beratur dengan duit syiling kat public phone. Sekarang pakai LINE saje.


Jaga kesihatan wajah dengan Set Kulit 



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Lenguh-lenguh Badan Ostematrix Membantu

Assalamualaikum... 


Malam ni nak sharing tentang kebaikan Ostematrix untuk lenguh-lenguh badan. Sebab apa tau? Meh sini nak cerita. First time Faa drive kat highway, habis lenguh-lenguh badan ni. Sebab tak pernah drive melalui highway sebelum ni, kalau jalan biasa ada juga lampu isyarat, boleh berhenti kaki tekan minyak. 


Jadi, sampai je rumah petang tadi. Lepas solat, bersihkan diri dan makan. Faa makan Ostematrix 2 biji. Lepas tu Faa rehat.. Sambil-sambil tengok cerita Korea gitu. Dah lah hujan kan, sejuk sampai ke tulang kata orang. 



Kenapa OsteMatrix membantu lenguh badan?

OSTEMATRIX adalah gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Bila kalsium kurang, kesannya kepada seseorang tu boleh mengalami risiko osteoporosis, sengal kaki dan tulang belakang, lenguh badan, mudah letih, lesu dan kebas kaki atau tangan. 


Vitamin D ditambah bersama, kerana Vitamin D membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dimana mengelakkan penghasilan batu dalam ginjal. Magnesium yang ada dlm ostematrix pula bertindak untuk metabolismakan kalsium


Selain daripada itu, kalau gi jalan-jalan ke, mesti bawa OsteMatrix ni tau. Sebab apa? Membantu masalah membuang. Siapa sini kalau pergi jalan-jalan jauh dari rumah, mesti ada masalah nak membuang? Hehehe... angkat kaki cepat! 

OsteMatrix juga membantu masalah membuang kerana ada Magnesium. Selain daripada fungsi Magensium membantu penyerapan kalsium ke tulang, magnesium juga membantu pelawasan. Kerana...


  • Magnesium membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan menghapuskan sembelit.
  • Magnesium juga membantu menarik air ke dalam usus - menyebabkan jumlah air di dalam usus bertambah dan membantu melembutkan najis.


Jadi dapat lah dua dalam satu. Makan Ostematrix membantu lenguh-lenguh badan dan pada masa yang sama, membantu pelawasan

Siapa berminat nak mencuba OsteMatrix Shaklee ni. Boleh hubungi Faa seperti di bawah:


Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday 16 November 2014

Khasiat Alfalfa Membantu Kesihatan

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi


Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.





MANFAAT DAN KEBAIKAN ALFALFA KOMPLEKS:


1.Membantu mencuci dan membuang toksik dalam badan
2.Membantu masalah kolestrol dalam darah
3.Bertindak sebagai fiber - bantu singkir dan kurangkan lemak serta kolestrol
4. Membantu kurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.Sebagai penggalak penghasilan susu bagi ibu yg menyusukan bayi (Milk Booster)
7.Membantu alahan seperti resdung, ekzema dan alergik
8.Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
9.Mengurangkan simptom menopaus
10.Menyahkan kimia dalam tubuh
11.Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
12.Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
13.Mengurangkan masalah pundi kencing
14.Meningkatkan kesihatan prostat lelaki
15.Membantu masalah sembelit
16.Membantu membuang angin dalam badan
17.Meningkatkan stamina dan kesihatan lelaki
18.Mengempiskan perut
19.Sebagai perapat untuk wanita kerana mengandungi Kacip Fatimah
20.Membesar dan menegangkan payudara
21.Membantu masalah Keputihan bagi wanita
22.Memberi kelegaan semasa haid
23.Menghangatkan hubungan suami isteri
24.Membantu asma dan lain-lain masalah pernafasan
25.Membantu sakit otot dan sendi
26.membantu masalah buah pinggang dan membantu masalah kencing kotor
27.Melegakan bengkak kaki dan buku lali
28.Membantu masalah arthritis
29.Membantu sakit ulser
30.Mengatasi masalah sembab air
31.Melegakan masalah masalah sinus seperti hidung sensitif
32.Membantu mengatasi gout
33.Mengatasi masalah bau badan dan kaki berbau
34.Mengatasi masalah mulut dan nafas berbau
35.Mengatasi masalah kurap dan kulat air
36.Mencuci darah, hati dan usus
37.Menghilangkan kelesuan dan memberi tenaga
38.Meneutralkan asid dalam badan
39.Membantu memperbaiki keadaan kulit
40.Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Madu sebagai masker jerawat

Masker madu adalah salah satu cara untuk mendapatkan wajah yang bebas jerawat dan juga melembapkan wajah. Ini kerana madu mempunyai fungsi antibakteria yang membantu membasmi jerawat.






Manfaat Madu sebagai Masker


Madu mempunyai manfaat yang banyak untuk penggunaan luaran dan juga dalaman. Ia boleh membantu memberi manfaat dari segi kecantikan seperti muka, badan dan juga rambut.


Masker madu mampu mengatasi masalah jerawat, memutihkan kulit muka, membantu masalah kulit kering, kulit berminyak dan juga kulit yang sensitif. Ia juga boleh memudarkan parut jerawat dan bintik hitam.


Cara membuat masker madu

1. Menggunakan madu sahaja tanpa mencampurkan bahan lain. 

Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit, sebelum sapu madu di muka, anda perlu membasuh muka sehingga bersih dulu. Disarankan menggunakan air suam untuk membuka pori-pori muka supaya madu boleh menyerap dalam kulit muka. Biarkan 10 minit dan bilas. 


2. Masker madu campur lidah buaya/aloe vera
Ini adalah masker untuk merawat jerawat. Madu mempunyai fungsi anti-bakteria, manakala lidah buaya membantu menyejukkan dan mengecutkan jerawat.

Campur kan kedua-dua bahan dan sapu dimuka. Pastikan muka dibersihkan dulu. biarkan selama 10 minit.


3. Madu dan Putih Telur
Campuran ini adalah untuk kulit muka yang kering. Kerana ia membantu melembapkan kulit muka. Satu sudu madu dan sebiji putih telur. Bersihkan wajah dan sapu rata pada muka. Dan biarkan sehingga 20 minit. Basuh bersih dengan air suam dan keringkan wajah.


4. Masker Madu dan Lemon
Ini adalah campuran madu dan buah lemon untuk mencerahkan kulit muka. Kandungan pH dalam lemon membantu mencerahkan kulit tanpa membuatkan kulit muka kering.

2 sudu madu dan 1 sudu perahan lemon. Bersihkan wajah dan sapu rata. biarkan selama 20 minit dan basuh bersih.


Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday 15 November 2014

Set Prosante Untuk Rambut Bermasalah

Masalah kelemumur, kulit kepala gatal dan rambut cepat gugur merupakan masalah yang kadang-kadang boleh membawa tekanan. Apabila ia terjadi, kita merasa malu dengan orang sekeliling. Rasa tidak yakin dan rendah diri. 


Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.



Long Lasting Finishing Spray
  • “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut




Revitalizing Shampoo
  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya



Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur



Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi





Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus





Nourishing Scalp Treatment
  • Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  • ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Masalah mulut berbau busuk? Baca sini


Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*