Thursday, 6 November 2014

Cabaran hari ke-4 | Buku Kegemaran Saya

Kebanyakan perempuan mesti suka membaca Novel kan. Terutama sekali novel yang dah jadi drama sekarang. Manis, romantik dan penuh kasih sayang. Yang hero mesti mula-mula berlagak dan ego, yang heroin macam suci-suci je.

Fa tak gemarkan novel yang macam tu, sebab lebih kepada berangan. hehehe... Fa suka novel yang penuh misteri, suspen, persahabatan dan pengembaraan.

Salah seorang penulis Novel yang Fa sangat-sangat suka adalah Ramlee Awang Murshid. Karya tulisan dia sangat bagus dan penuh dengan imaginasi. Tentulah Fa dah baca semua siri tentang Laksamana Sunan. Fa tak beli, pinjam kakak punya.

Novel ni hadiah daripada Hazwan

Kemudian, Fa suka novel inggeris daripada penulis J.R.R. Tolkien, Nicholas Sparks dan Cecelia Ahern. Tapi Fa pun tak beli sangat, cuma muat turun daripada internet dalam bentuk pdf. senang nak baca, letak dalam telefon. Yang bawah ni, Fa baru beli guna baucer buku BR1M, tak habis baca lagi, kecuali The Hobbit. 


Antara novel Cecelia Ahern yang popular yang dijadikan filem adalah P.S. I Love You. Kisah seorang isteri yang kehilangan suami kerana sakit barah. Semasa hidup, suaminya menulis beberapa pucuk surat kepada isterinya, supaya isterinya tidak berasa kehilangan dan memberitahu isterinya untuk mencari cinta baru. Sila lah baca novel tu atau tengok je filem nya. Sediakan tisu, takut-takut nangis pulak. hehe






Dan buku yang terbaru Fa beli adalah tentang kisah 4 Imam, iaiti Imam Shafie, Hambali, Hanafi dan Ghazali. Abdul Latip Talib, Fa memang suka tulisan beliau, semua tentang sejarah dan tokoh-tokoh islam. Kebanyakan Fa baca buku beliau, pinjam kat perpustakaan masa belajar kat UMT.


imam yang benar


Jadi, itu lah antara buku-buku kegemaran Fa. Biasa Fa baca buku sebelum tidur, sebab sah-sah mengantuk dan senang nak tidur. Motif sangat baca buku sebelum tidur.

Baca Cabaran-Cabaran Tag hari lepas:
Cabaran Hari Pertama
Cabaran Hari Kedua
Cabaran Hari Ketiga

Tunggu cabaran esok pulak. Sekarang Fa nak pergi dapur, tengok roti sosej dah naik ke belum.

                               ----------------------------------------------------------------------

Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

1 comment:

  1. Dulu saya pun suka baca novel ramlee awang mursid terutama pasal laksamana sunan..Tp sekarang tk sempat dh..Br nk bukak muka surat pertama sorg anak tarik belah kiri sorg tarik belah kanan...

    Jom Berzikir

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih

nRelate Posts and Homepage