ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Friday 7 November 2014

Kelemumur Tiba-Tiba hilang? Apa Rahsianya?

Fa pernah ada kelemumur sebab stress dengan final year project. macam-macam cara yang Fa buat untuk hilangkan kelemumur. Tapi yang paling berkesan adalah amalkan set supplemen rambut oleh shaklee. 

Tapi ada jugak petua-petua tradisional yang diamalkan untuk menambahkan lagi kelebatan dan baiki rambut yang rosak. 


Tips yang sesuai untuk menghilangkan kelemumur


1. Bawang



Tak kisah bawang besar ke bawang kecik ke yg penting bawang. Buang kulit dan kisar, jangan letak air. tumbuk pun boleh. Sapukan atas kulit kepala, bungkus kepala dengan plastik dan biarkan 1-2 jam. kemudian, syampu untuk hilangkan bau. Fa guna syampu Prosante, best :) 


2. AloeVera




Ambik aloevera, dan potong.. ambik lendir nya sahaja. Kemudian, apply kat kulit kepala dan rambut. Biarkan selama 15-20 minit. Bagus untuk melebatkan, menghitamkan dan hilangkan kelemumur.

3. Yogurt


Yogurt ni perlulah guna yang perisa asli. Apply kat kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Yogurt ni mengandungi protein yang bagus untuk baiki kulit kepala.


4.Bunga raya



Bunga Raya dipetik dengan daun-daun sekali. Hancurkan dan rendam dalam air suam. Nanti air tu akan jadi lendir-lendir. Ambik air lendir tu dan sapu kat kulit kepala. Bagus untuk sejukkan kepala dan kurangkan kelemumur. 


5.Apple Cider Vinegar


Cuka Epal bukan sahaja elok untuk diminum tapi bagus untuk kulit kepala. sebelum anda syampu rambut, apakata ambil dua sudu cuka ini dan campurkan dengan secawan air. dan basuh serta gosok kulit kepala. Baunya agak kuat, tapi tahan jelah. Lepas dah habis, boleh syampu untuk hilangkan bau. Cuka epal mengandungi enzim dan anti-kulat yang membantu kulit kepala sihat.

Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih