ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Tuesday 11 November 2014

6 kemungkinan kenapa haid datang lewat atau tak teratur

Semasa dalam tempoh mesnstruasi, wanita biasanya akan mengalami kekejangan, emosi tidak tentu, kembung perut dan banyak lagi. Dan kesan daripada haid tidak teratur membuatkan mereka rasa bimbang dan risau terutama bagi mereka yang belum kahwin kerana ia mungkin melibatkan penyakit lain. Tetapi jangan terlalu risau dengan kedatangan haid lewat, kerana ia disebabkan oleh banyak perkara. 


Antara kemungkinan kenapa haid datang lewat atau lambat adalah:


1. Tekanan




Kajian menunjukkan bahawa tekanan bukan sahaja memberi kesan kepada psikologi tetapi juga sistem badan kita. Kita mudah jatuh sakit dan deman atau selsema. Haid tidak teratur pun salah satu kesan tekanan. Ini kerana apabila tertekan, hormon dalam badan akan berkurangan dan ini menganggu sistem ovulasi dan kitaran haid. 




2. Bersenam secara berlebihan



Kehilangan berat badan boleh memberi kesan kepada hormon badan, kerana apabila seseorang tu bersenam secara terlampau, lemak dalam badan akan berkurangan. Oleh keranan hormon bergantung kepada lemak dalam badan untuk disistesiskan. Kekurangan lemak akan menganggu proses tersebut. Maka kitaran haid pun akan terganggu. 




3. Terlampau kurus atau berlebihan berat badan. 



Berlebihan berat badan boleh menganggu kitaran haid kerana sel lemak akan mengeluarkan estrogen secara berlebihan dan menyebabkan kitaran haid terganggu.

Manakala jika terlalu kurus pula, menyebabkan kandungan estrogen terlalu sedikit. Yang PENTING kekalkan berat badan yang sihat dan seimbang.




4. Mengambil Pil Perancang



Kebanyakan pil perancang dihasilkan daripada estrogen dan progestin. Pil ini mengawal kehamilan dengan membuatkan ovari tidak melepaskan telur. Ia boleh menyebabkan kitaran haid terganggu. 



5. Tersilap kira kitaran




Kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza. Bukan semua wanita ada kitaran 28 hari. Ada yang tersilap kira dan menganggap kitaran haid mereka adalah 28 hari. Perhatikan kitaran haid anda, dan tentukan kitaran anda sendiri. 



6. Faktor lain
Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini adalah sakit, bertukar tempat tinggal, ubat-ubatan, menopous dan sebagainya.

Sumber:
http://positivemed.com/
http://www.everydayhealth.com/http://www.34-menopause-symptoms.com/www.ncbi.nlm.nih.govhttp://my.clevelandclinic.org/





Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih