ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Wednesday 26 November 2014

Resepi Popia Basah

Hari ni nak share resepi Popia Basah. Cara masak kulit popis ni guna pemanggang ajaib sebab tak melekat. 


pemanggang ajaib




Untuk Buat Sambal:
1) 20 tangkai cili kering
2) 4 ulas bawang putih (x guna bawang merah ye. nanti sambal x tahan lama)
3) 1 cwn sos tomato
4) 1 ketul gula melaka
5) sedikit air asam jawa
6) 1 senduk gula pasir
7) 100 gram udang kering

semua bahan ni ditumis ye. pastikan betul2 masak dan pekat macam merah kehitam2an. perasakan dengan sedikit garam.


Untuk bua inti:

1 batang carot – disagat
5 batang kacang panjang – dipotong 1 cm
sekeping, dua tauhu – potong dadu 1cm
1/4 biji sengkuang – disagat
ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn.
bawang merah

panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang. masak denagn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat – ketepikan.


Untuk Buat Kulit Popia Basah:

bahan-bahannya..
1) 1/2 kg tepung gandum
2) 1 biji kuning telur
3) 1 sd garam
4) 1 sd cuka masakan
5) air yg secukupnya.

1) bancuh semua bahan, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2.
perap 3,4 jam.
2) setelah diperap, panaskan kuali non stick dgn api perlahan (boleh guna Pemanggang Ajaib)
3) sapu minyak dengan nipis atas kuali tu. guna tuala kecil @ tisu. jangan buh minyak banyak nanti adunan x nak lekat.
4) angkat kuali dari api, letak atas meja. dengan tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis. bawa/tarik adunan serata kuali. (benda ni kena praktis la..hehe.. tapi sebenarnya senang je..)
5) adunan yangg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk bersama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.
6) lepas tu letakkan kembali kuali atas api, masa ni bleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau. biar beberapa minit, lalu boleh lah diangkat. buat sampai habis
7) ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya. jangan banyak2. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..

Sumber



Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih