ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Friday 14 November 2014

Kek Coklat Strawberi

Salam Jumaat, 

Hari ni Faa nak kongsikan resepi Kek Coklat Strawberi yang sangat sedap. hehe... boleh dimakan pada hujung minggu bersama keluarga.

kek coklat stroberi




Bahan-bahan:
200gm tepung naik sendiri (atau tepung gandum biasa + 2 sudu kecil baking powder)
230gm mentega
220gm gula kastor (kalau tak suka manis, kurangkan)
230 gm telur (4 biji telur grade A)
1/2 sudu kecil esen vanila
30gm serbuk koko
50gm susu segar
Sedikit pewarna merah jambu
Sedikit pes strawberi
Sedikit hirisan kepingan badam

Bahan coklat fudge:
250gm coklat masakan
100ml susu segar

Cara menyediakan:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.Putarkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega sehingga sebati.

2.Di dalam mangkuk berasingan, putar telur dan gula sehingga likat.Masukkan adunan ini dan esen vanila kedalam adunan tepung yang telah disediakan dan sebatikan.

3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu adunan campurkan serbuk koko dan susu segar.Satu lagi, campurkan pewarna merah jambu dan pes strawberi.

4.Tuangkan adunan berselang seli di dalam loyang yang disapu marjerin (tak nak bagi lekat). Bakar pada suhu 180 darjah C selama 40minit @ sehingga masak. Kalau nak masak rata, kurangkan suhu & tambah masa. 

5.Untuk coklat fudge:
Panaskan susu kemudian masukkan coklat masakan.Sewaktu masih suam-suam, tuangkan coklat ke atas kek supaya ia kelihatan licin dan berkilat.Hiaskan dengan hirisan kepingan badam yang telah dibakar terlebih dahulu.




Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)


 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih