Monday, 8 December 2014

Kebaikan Teh Hijau Jasmin Yang Kita Tak Tahu

Pernah minum Teh Hijau Jasmine (Bunga Melur)? Semalam Faa tersilap beli, ingatkan ambil kotak teh hijau asli tu, rupanya terambil Teh Hijau Jasmine. Alahai, nak cepat punya pasal. Takpe.. Boleh cuba minum teh hijau rasa jasmine pulak.

Balik rumah, terus la google tentang kebaikan teh hijau jasmine ni. Kalau teh hijau asli tu, kaya dengan antioksida dan membantu membakar lemak. Kalau tambah jasmine (Bunga melur) ni, apa pulak khasiat dia?


Jasmine Green Tea
Teh Hijau Jasmine dan Teh Peppermint


Haa meh Faa kongsikan kebaikan Teh Hijau Jasmine.


1. Melawan Bakteria 
Membantu badan untuk melawan bakteria dan menghasilkan bakteria baik untuk penghadaman yang baik



2. Membantu menurunkan berat badan
Teh ini mengandungi Catechins yang membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan. Ia meningkatkan kadar metabolik seseorang untuk membakar lemak.



3. Sebagai Aromaterapi
Bunga Melur (Jasmine) mempunyai kandungan sebagai sumber bau yang beraroma terapi. Satu kajian di Eropah menunjukkan dengan menghidu bau bunga melur (Jasmine), ia boleh menurunkan kelajuan jantung dan menaikkan mood yang baik



4. Mengelakkan kanser. 
Teh Hijau tinggi kandungan anti-oksida yang boleh membantu merendahkan peratus kanser. Ini kerana anti-oksida melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser.



5. Anti-Penuaan 
Radikal bebas juga menyebabkan kulit cepat berkedut dan kurang elastik. Jadi anti-oksida dalam teh ini juga membantu masalah penuaan.



6. Perjalanan Darah Lancar
Teh Jasmine telah dikaji dan mempunyai kebaikan untuk melancarkan perjalanan darah.



7. Kesihatan Jantung
Teh Jasmine dikenali dengan kebaikan untuk rendahkan kolesterol dan kesihatan jantung. Dan ia juga membantu menghalang pembentukan kolesterol dari makanan yang baru makan.



8. Menghilangkan Tekanan
Pada zaman dulu-dulu teh jasmine digunakan sebagai penghilang tekanan dan anti-depresi. Kerana ia mempunyai bau yang membantu memberi ketenangan.



9. Menghindari dari selsema
Ia juga mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-virus yang menghalang selsema dan deman. Minum teh ini semasa deman @ selsema membantu proses baik lebih cepat.




10. Menghindari Sembelit
Kesakitan semasa hendak membuang dan susah membuang. Perut kembung dan tak selesa. Kajian menunjukkan teh ini dapat membantu masalah tersebut.


Sumber

banyak juga khasiat teh hijau jasmine ni. faa pun ada beli sekali teh peppermint untuk penghadaman sebab selalu kembung perut je. hehe...

Baca: Herb-Lax bantu masalah perut buncit


Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

nRelate Posts and Homepage