ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Monday 22 December 2014

Apakah Face mask yang sesuai mengikut jenis kulit muka?

Topeng muka (face mask) adalah satu rejimen selepas mencuci muka. Ia digunakan untuk merawat dan membaikpulih keadaan kulit muka. Contoh nya, jika anda berjenis kulit muka yang kering, face mask membantu memberi kelembapan kepada muka. Jika kulit anda jenis sensitif dan kemerahan, face mask membantu mengurangkan iritasi dan menyejukkan kulit muka. 



Terdapat pelbagai jenis bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk dijadikan face mask. Bahan semulajadi lebih bagus digunakan kerana ia selamat dan tiada bahan kimia. 









Untuk Kulit Biasa & Normal 

Boleh gunakan buah epal yang dicampurkan dengan satu sudu makan madu. Buah Epal dihancurkan dengan pengisar dan campurkan dengan madu tadi 

Sapu dimuka yang bersih. Dan biarkan sehingga kering @ 20-30 min. 




Untuk kulit kering.

Antara bahan yang boleh digunakan adalah telur, Madu dan buah avokado. Caranya mudah sekali.. 

Mula-mula pecahkan telur dan ambil kuningnya sahaja. Kemudian campur kan dengan avokado dan madu. Pastikan avokado betul-betul masak supaya senang untuk di penyek dan digaul. Selepas semua sebati, sapu pada muka selama 30 minit dan kering. Cuci muka










Untuk kulit berminyak 

Kuit berminyak, boleh gunakan oatmeal sebagai topeng muka. Bahan-bahan adalah, ¼ cawan oat, 2 cawan betik masak yang dipenyek.. 

Campurkan oat dan betik bersama kemudian masukkan heavy krim dan sedikit serbuk koko. Koko mempunyai fungsi antioksida kepada kulit, oat mampu menyerap lebihan minyak dan betik mampu melembutkan dan memberi kelembapan kepada kulit. 









Untuk kulit sensitif

Untuk kulit sensitif, andaperlu berhati-hati dalam memilih face mask kerana kulit jenis ini mudah menjadi pedih dan kemerahan. Guna pisang, madu dan telur. Pisang mengandungi vitamin A, manakala telur mempunyai lecithin yang bagus untuk kulit. Madu pulak mempunyai 1001 kebaikan..










Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih