ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Friday 12 December 2014

Atasi Masalah Bau Badan, Tak Perlu Pakai Deodoran dah

Masalah bau badan sering menghantui sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ia terjadi apabila kita memerah kudrat untuk akitivit fizikal seperti bersenam atau melakukan perkara yang menyebabkan stress seperti bekerja . Menurut kajian, kaum Adam akan mengalami masalah bau badan berbanding wanita kerana lelaki berpeluh 80% lebih banyak daripada perempuan.



Masalah bau badan bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa, tapi ia juga mengganggu keselesaan orang lain dan membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berhadapan atau berinteraksi dengan orang ramai. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan dan mengurangkan punca bau badan ini.



Antara Cara Hilangkan Punca Bau Badan adalah:



1) Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan

Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktivit harian. Dinasihatkan menggunakan sabun antiseptic untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan



2) Pentingnya Memakai Deodorant

Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana Ia menangkis ketiak kita daripada peluh apabila kita melakukan sebrang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.



3) Jaga Pemakanan Anda

Bau badan secara langsung dikaitkan dengan bahan buangan pencernaan badan anda. Apa yang anda makan akan mempunyai kesan yang besar kepada bagaimana anda bau. Badan anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika anda makan makanan yang tidak berkualiti dan yang tidak sihat kerana ia akan merencatkan sisitem penghadaman anda


Cuba kurangkan makanan segera, makanan goreng, dan apa-apa makanan yang diproses lain yang mengandungi banyak bahan kimia. Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Elakkan guna minyak yang berlebihan, sebaliknya guna teknik masak seperti kukus yang tidak mengandungi minyak.


*Elakkan daripada menggunakan bawang dengan kuantiti yang banyak di dalam bahan masakan kerana bawang boleh mencetuskan bau yang kuat yang boleh mengakibatkan bau pada badan kita.



4) Memakai Pakaian Yang Sesuai

Anda hendaklah bijak memilih pakaian yang sesuai dengan anda untuk mengelakkan bau badan. Elakkan daripada memakai pakaian fabric atau menyerap peluh kerana ia akan mengakibatkan peluh yang melekat pada badan itu menjadi bau yang kurang menyenangkan.


Anda juga hendaklah menyimpan pakaian anda di tempat yang mempunyai aliran udara supaya ia bau busuk sekitar anda atau cuaca lembap melekat pada pakaian anda.Anda juga tidak digalakkan memakai baju yang sama, sebaliknya kerapkanlah menggilirkan dan membasuh baju anda



5) Berhenti Merokok!

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan atau membazirkan duit si perokok, malahan jua ia adalah antara punca masalah bau badan. Tembakau di dalam rokok juga akan menghasilkan peluh yang menghasilkan peluh yang berbau.


Bahkan jika anda berhenti merokok, bau itu akan melekat di badan dalam waktu berminggu-minggu.



6) Berjumpa dengan Doktor Pakar

Jika anda mempunyai masalah bau badan yang berkekalan walaupun sudah melakukan pelbagai cara untuk mnghilangkannnya, dinasihatkan supaya anda segera berjumpa dengan pakar bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia mungkin disebabkan perubahan pada hormon, diabetes, radang tersembunyi atau lain-lain lagi.


Penampilan kita hendaklah sentiasa dijaga supaya kita dapat mengekalkan aura positif di dalam diri kita. Penampilan yang menarik dan kebersihan juga penting supaya kita mudah berkomunkasi dengan orang luar, sekaligus memudahkan orang dekat dengan kita. Ambillah langkah-langkah yang sewajarnya supaya dapat mengatasi masalah bau badan ini.




Dalam Shaklee, antara vitamin yang diamalkan untuk masalah bau badan adalah Alfalfa. Kenapa? 
Kerana Alfalfa membantu proses detoks toksin-toksin dari makanan yang dimakan yang menyebabkan badan berbau



Alfalfa bersifat alkali pada badan dan ia kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, besi, kalium. Ia juga mengandungi klorofil, karotena, vitamin A, D, E, B-6, K dan beberapa enzim pencernaan yang tinggi.







Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih