Wednesday, 24 December 2014

Cara Atasi Kulit Muka Kering dan Berjerawat

Kulit muka kering adalah sangat merimaskan. Tapi kalau ditambah dengan jerawat pula bagaimana? double rimas lah kan. Hehehe... Pengalaman Faa sendiri, kulit kering dan kadang-kadang berminyak ditambah dengan parut jerawat. phew... 


Hari ni nak share tips penjagaan dan atasi kulit muka kering dan berjerawat. 


1. Gunakan pencuci muka untuk kulit kering. Jangan cari yang ada guna SLS, atau alkohol. Memang tak elok la untuk kulit kering. Faa guna pencuci muka Shaklee Nutriwhite, Alhamdulillah best. 




2. Pelembap! Ini penting, Faa guna pelembap yang biasa-biasa je dari Nivea. Pilih yang bebas paraben, bebas silikon, bebas mineral oil dan tiada pewarna. 



nivea pure & Natural





3. Skrub muka. Jangan ingat, kulit kering tak boleh di skrub. Amalkan seminggu sekali. Faa suka guna bahan-bahan yang semulajadi je. Contoh, Faa suka skrub muka dengan teh hijau atau Oat. Teh hijau yang lepas minum tu, dalam uncang. Koyak uncang tu dan guna la serbuk teh tu. Kalau oat pulak, campur dengan air dan sapu gosok-gosok perlahan-lahan pada muka. 

Kenapa skrub muka penting? 

Sebab kulit kering dimuka tu adalah sel yang dah mati. Dan apabila kita skrub, kita buang sel mati tu dan merangsang aliran darah kat muka. Muka pun rasa lebih lembut dan licin. 






4. Pakai krim pelindung UV. Vahaya Matahari boleh membuat kulit kering rasa pedih dan mengelupas. Apabila dah pakai pelembap, jika ingin keluar rumah pada waktu siang, pakai krim pelindung UV sekurangnya SPF30 keatas. Boleh pakai BB Krim yang ada SPF @ mana2 krim yang ada SPF. Kalau anda pakai pelembap yang dah sedia dengan SPF, lagi bagus. 





5. Pakai mask untuk merawat muka (Baca: Mask mengikut jenis kulit). 
Biasanya Faa suka mask yang dibuat sendiri tapi ada jugak beli. Kalau buat sendiri, lebih suka guna oat yang dicampur dengan ESP Shaklee (Khasiat ESP Shaklee), terbaik!! Parut jerawat cepat pudar... Ada juga Faa guna madu campur oat dan buah tomato. Ini membantu memberi vitamin pada kulit muka dan membina sel-sel baru 





Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

nRelate Posts and Homepage