ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Thursday 30 October 2014

Resepi Roti Sarang Lebah

Tak pernah lagi buat roti, ni la first time buat roti. Tak ikut pun sangat resepi bawah tu, adjust ikut kesesuaian. Tapi jadi jugak Alhamdulillah. Ni resepi ambil kat banyak-banyak blog pastu adjust ler. 

Resepi Doh 
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan air yogurt asli
¼ cawan minyak zaitun
1/2 cawan air suam
Badam

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt  ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
5. Uli sehingga elastic.
6. Bilarasa dah puas hati, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah golf ke? ikut la kecik sikit takpe..
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik dan guna minyak zaitun untuk elak melekat.
9. Taburkan dengan badam  jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
10. Pastikan oven betul-betul panas, baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.



SOS Butterscotch:
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup susu cair
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan susu cair perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.





Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih