ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Thursday 23 October 2014

Bagaimana makan ikut piramid makanan?

piramid makanan


Aras 1: Nasi, bijirin, Mee, roti dan produk bijiran dan ubi-ubian
Makanan pada Aras 1 ini adalah makanan berkarbohidrat. Sumber karbohidrat ini membekalkan tenaga dan juga memberi vitamin, mineral, gentian dan juga protein untuk kesihatan tubuh. Kumpulan ini patut dimakan lebih banyak dari 8-12 hidangan sehari. Namun begitu, perlu lihat juga cara penyediaannya.
Satu hidangan Aras 1 adalah bersamaan dengan berikut:
  • ½ cawan
  • 1 keping roti 
  • ½ cawan mee
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana

Aras 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan dalam kumpulan Aras 2 ini membekalkan sumber vitamin dan mineral serta serat. Perlu dimakan dari 3-5 hidangan sehari.
Satu hidangan Aras 2 adalah bersamaan dengan:
  • ½ cawan sayur-sayuran
  • ½ cawan ubi keledek
  • 1 potong betik/tembikai
  • ½ cawan jus buah
  • 1 biji pisang/oren/epal/lai

Aras 3:
-Ikan, Ayam, Itik, Daging dan Kekacang
Makanan pada Aras 3 ini adalah sumber protein. Protein adalah penting untuk pembinaan sel-sel, tisu badan dan juga membaiki luka. Sumber ini juga membekalkan Zat Besi, Vitamin B dan juga Zink. Pilihan sumber ini perlulah dikurangkan lemak seperti ayam tanpa kulit. 
Satu hidangan Aras 3 adalah bersamaan:
  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak (sebesar kotak mancis)
  • 2 sudu makan peanut butter
  • ½ cawan kekacang
-Susu & Produk Tenusu
Produk susu dan tenusu berada sama aras dengan ikan, ayam, daging & kekacang. Susu & tenusu merupakan sumber kalsium dan protein yang penting untuk tumbesaran tulang. Susu lemak manis adalah tidak termasuk. 
Satu hidangan susu& tenusu adalah:
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan yogurt
  • 1 keping keju

Aras 4: Gula, garam, lemak & minyak
Lemak dan minyak merupakan asid lemak perlu dan mempunyai vitamin A, D, E dan K. Namun begitu, disyorkan penggunaan gula, lemak, minyak dan garam hanya sedikit sahaja kerana ia merupakan karbohidrat ringkas yang senang bertukar menjadi lemak.



Baca: Cara Detoks dengan Makanan

Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 011-31209418
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih