Friday, 31 October 2014

Siapakah saya sebenarnya?

Tak salah kan kalau saya bercerita tentang diri saya supaya pembaca boleh kenal, siapa la tuan punya blog ni. Asyik duk sharing produk je.. Jadi, mari Fa kisahkan sedikit tentang diri Fa ni. 

Nama diberi Noor Fatihah Salleh. Berasal usul dari Terengganu. Memang pure asli orang Kuala Terengganu tapi dah nak masuk hulu dah kot Kampung Manir nih. Dilahirkan pada 9 Jun 1987 hari selasa dan bulan islam adalah pada 12 Syawal 1407.

Mula-mula bersekolah di Tadika Kemas. Masa tadika pernah menangis sampai muntah sebab tak nak gi tadika. Sampai cikgu hantar balik rumah. Tapi grad juga akhirnya. Lepas tu, ke Sek.Keb.Manir dan sekolah menengah di SMK.Manir. 

Keputusan SPM agak cemerlang tetapi bukan rezeki untuk sambung di universiti. Sebab nama tercicir macam mana entah la. Terus masuk Politeknik ambil Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Ahamdulillah dapat biasiswa tajaan JPA (mungkin ini hikmah tak dapat U). Pointer diploma pon Alhamdulillah, cantik :) Masa politeknik ni la dapat tahu ada Anemia. 

Lepas habis diploma, isi UPU nak sambung degree. Sekali lagi nama tercicir dan dapat UniMas, Sarawak tapi tak pergi jugak sebab ada Anemia, susah kalau jadi apa-apa. So lepas tu, dapat surat unutk pengambilan masuk UTP dan masa yang sama UPSI. Tapi pilih UPSI atas permintaan semua orang, g interview, pastu tak dapat. Jengg sungguh. 

Lepas tu, masuk la TESDEC, ambik kursus Network. Masa ni lah Fa jumpa En.Hazwan.. Seorang yang kuat menyakat tapi dia langsung tak bercakap atau usik-usik Fa. Masa ni takde feeling. Lebih kepada takde feeling tapi semuanya Allah dah rancang.. (ni kena cerita lain).

Lepas habis TESDEC, dah malas nak belajar jauh-jauh. Apply UPU dan Fa pilih UMT. Pilih kursus IT (Software Engineering). Hazwan pun masuk UMT jugak, dia nak ikut Fa. Tapi jangan ingat kami belajar U sama hari-hari dating. Nehi-nehi-nehi. Dia masuk kursus budak Fizik. 

Masa Dinner Semester Akhir

Last day exam sem akhir

Last Day Exam Sem Akhir

Tahun lepas, 2013, Fa grad dan terus sambung Master tapi jadi RA dulu. Tapi separuh jalan saje. Kesihatan tak mengizinkan. Dan Fa pun tak sedap la dengan SV masa tu, sebab projek tak jalan tapi gaji Fa ambil. So Fa berhenti dan gaji bulan terakhir Fa tak claim sebab tak de progress sangat. Dan master pun Fa tinggalkan juga. (susah nak buat keputusan ni) 

Fa jumpa Shaklee pada akhir tahun 2012, ambil ESP sebab nak kurangkan makan ayam atas nasihat Doktor. Jadi Fa google sumber protein. Masa tu beli dengan distributor K.Trg dan dia selalu tak reply bila Fa tanya. So, lepas tu... Fa jumpa Nanny Lyna Noh dan nanny kenal kan pada Mommy Hanum dan terus jadi Ahli. 

Sekarang baru nak serius bisnes ni. Even kadang-kadang Fa rasa ramai orang cakap Fa tak boleh kemana tapi Fa nak buat jugak sebab kejayaan tak datang bergolek-golek (I wish).. hehe... So biarkan mereka. Dan teruskan perjuangan. Go go WAHMillionaire. 


Your Health & Beauty Consultant: 

Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

4 comments:

  1. Salam perkenalan fa...semoga semua cita-cita dan impian fa termakbul. Aamiin....

    ReplyDelete
  2. bulan ni nk lihat sesuatu luarbiasa dari anak terengganu ni:)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih

nRelate Posts and Homepage