ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Wednesday 22 October 2014

Kepentingan Serat dalam diet

Serat mempunyai banyak kepentingan dan manfaat untuk kesihatan. Makanan yang mengandungi serat adalah seperti sayuran, buah-buahan, nasi, roti dan macam-macam lagi. Serat membantu anda dalam pelbagai perkara seperti:
  • Mengawal Gula dalam badan - Serat larut air mampu membantu badan menghadam karbohidrat dan gula yang membantu keseimbangan gula dalam badan. 
  • Kesihatan Jantung - pengambilan serat yang mencukupi mampu mengurangkan masalah jantung sebanyak 40% mengikut kajian.
  • Berat badan ideal - Serat membantu menurunkan berat badan kerana serat membantu anda rasa kenyang lebih lama dan mengelakkan anda makan berlebihan
  • Kesihatan kulit - Serat membantu menghalang pertumbuhan kulat pada kulit. contoh nya psyllium husk.
  • Sembelit - Serat membantu masalah sembelit.

SUMBER: mercola


Antara makanan yang mempunyai nilai serat yang tinggi adalah:


1. Oatmeal - selain daripada mengandungi serat yang tinggi, oatmeal juga mengandungi beta-glucan yang bagus untuk menurunkan kolesterol.



2. Buah Betik - betik boleh membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana mempunyai eznim pencernaan dan serat yang tinggi.


3. Brokoli - sayur yang sangat bagus untuk dimakan tetapi perlu dimasak sedikit (direbus) kerana kalau makan mentah boleh menyebabkan kembung perut. secawan brokoli rebus ada 5.1gm serat.



4. Buah Epal - Harus dimakan dengan kulit untuk mendapat lebih kandungan serat. Epal dengan kulit mempunyai 4.4gm serat



5. Buah Nanas - nanas bukan saja mempunyai serat, ia juga mempunyai vitamin A, C, kalsium. magnesium dan peptin. nanas membantu penghadaman kerana mempunyai peptin yang membantu penghadaman.




Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 011-31209418
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee


 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih