Keperluan nutrisi yang mencukupi di dalam badan memainkan peranan kepada kesihatan rambut. Sel rambut di buat daripada nutrien yang didapati dalam darah dan proses pertumbuhan rambut bermula dari bawah kulit kepala pada lapisan dermal kulit.
Kekurangan nutrisi, sakit, stress, merokok, pengambilan alkohol dan banyak lagi memberi kesan buruk kepada rambut. Kelajuan rambut tumbuh pada individu adalah berbeza mengikut genetik, jantina, umur dan hormon. Ketidakstabilan hormon dan kekurangan nutrisi memberi kesan utama kepada pertumbuhan rambut. Namun, pengambilan vitamin dan mineral adalah penting sebagai sebahagian daripada nutrisi pertumbuhan rambut yang sihat dan bebas masalah kulit kepala.
Vitamin B-Complex adalah mikronutrien penting yang memastikan kesihatan yang optimum dan kesejahteraan badan. Ia adalah larut air. Antara peranan yang mereka mainkan dalam kesihatan secara keseluruhan, adalah pertumbuhan rambut yang sihat kerana mereka diperlukan untuk pertumbuhan dan pembangunan lapisan permukaan kulit dan dermatologi.
Biotin (B7) telah mendapat populariti kerana peranan nya dalam mengekalkan rambut yang sihat, tetapi Biotin bukan satu-satunya nutrien yang menyokong pertumbuhan rambut. Semua vitamin B adalah penting untuk rambut yang sihat, bersama-sama dengan pelbagai nutrien lain yang menyokong keperluan metabolik sel-sel folikel.
Biotin adalah paling berkesan apabila ia diambil dengan zink. Zink menghalang keguguran rambut. Vitamin B-kompleks yang lain yang penting adalah seperti berikut:
- B1 (thiamin), B2 (Riboflavin), dan B3 (Niacin) menyumbang kepada khasiat sel-sel folikel rambut.
- B5 (Pantothenic Acid) memberikan fleksibiliti rambut, bersinar dan membantu mencegah keguguran rambut.
- B6 (Pyridoxine) membantu mencegah kelemumur.
- B12 (cobalamin) juga membantu dalam pencegahan keguguran rambut.
Diet yang seimbang dengan sumber vitamin dan mineral adalah perlu untuk rambut dan kulit kepala yang sihat. Protein, antioksida,asid amino dan pelbagai mineral adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan rambut, bukan hanya satu vitamin. Pemakanan yang seimbang juga penting disamping mengambil multivitamin.
SHAKLEE BOLEH MEMBANTU!
B-COMPLEX, VITALEA DAN ZINC |
Shaklee Vita-Lea, B-Complex dan Zinc Complex mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh badan dan juga pertumbuhan rambut. Saya sendiri telah mengambil set ini untuk menambah darah sebenarnya, tapi saya perasan rambut saya yang selalu gugur jadi makin lebat. Lepas tu, mula lah mengoogle pasal vitamin dan rambut, rupanya ia memberi kesan kepada kesihatan rambut jugak. So sangat lah tak rugi dengan khasiat dan kesan nya kepada badan. Selain dari rambut, kesan yang nampak adalah pada kuku. Kuku nampak lebih sihat dan cepat panjang.
BERMINAT?
ANDA BOLEH LIHAT SENARAI HARGA DISINI
Nak BELI? Hubungi saya:
Noor Fatihah bt. Salleh
Shaklee ID : 894826
Email: thahsalleh@gmail.com
SMS|WhatsApp: 011-3120 9418
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih