ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Thursday 3 April 2014

Tingkatkan metabolisme untuk cepat kurus.

1. Dapatkan TIDUR yang cukup - Tidur yang cukup, bukan tidur lewat malam tak tentu masa. Tidur yang paling berkualiti adalah antara pukul 10 malam hingga 6 pagi (8 Jam). Paling lewat pon pukul 11 malam dah tidur. Tidur yang tak cukup menyebabkan metabolisme menjadi rendah. 

2. Minum TEH HIJAU - Kaya dengan antioksidan, teh hijau juga boleh boost metabolisme. dan yang bagusnya, ia adalah free kalori dan kandungan kafein yang rendah. 

3. Lakukan senaman INTENSITI - senaman berintensiti tinggi seperti interval run boleh boost mtabolisme and membakar kalori. 



4. SARAPAN pagi - sarapan pagi adalah paling penting, kerana perut dah lama kosong masa tidur dan perlu di isi untuk elakkan metabolisme jatuh. Ada jugak yang cakap, I EAT BREAKFAST LIKE A KING. dan, makan breakfast dalam masa sejam kita bangun dari tidur. Amalkan makan makanan yang tinggi fiber dan protein.



5. minum AIR - minum air boleh meningkatkan metabolisme. kadang-kadang kita keliru antara lapar dan dahaga. ingatkan lapar, padahal dahaga.. 


6. Makan REMPAH RATUS - serbuk kayu manis, boleh tingkatkan metabolisme. Lada hitam, pepper dan banyak lagi rempah ratus yang bagus untuk membakar kalori.

7. Lakukan KARDIO - joging, kayuh basikal selama 45 minit sehari meningkatkan kadar metabolisme shingga 12 jam. 

8. Makan 5-6 kali sehari - makan kerap membantu anda tingkatkan metabolisme. kerana perut anda tidak lapar dan ada fuel (makanan) untuk membakar kalori. Makan sedikit tapi kerap membantu anda. Amalkan portion control. dan jangan putus asa.


No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih