ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Wednesday, 24 December 2014

Cara Atasi Kulit Muka Kering dan Berjerawat

Kulit muka kering adalah sangat merimaskan. Tapi kalau ditambah dengan jerawat pula bagaimana? double rimas lah kan. Hehehe... Pengalaman Faa sendiri, kulit kering dan kadang-kadang berminyak ditambah dengan parut jerawat. phew... 


Hari ni nak share tips penjagaan dan atasi kulit muka kering dan berjerawat. 


1. Gunakan pencuci muka untuk kulit kering. Jangan cari yang ada guna SLS, atau alkohol. Memang tak elok la untuk kulit kering. Faa guna pencuci muka Shaklee Nutriwhite, Alhamdulillah best. 




2. Pelembap! Ini penting, Faa guna pelembap yang biasa-biasa je dari Nivea. Pilih yang bebas paraben, bebas silikon, bebas mineral oil dan tiada pewarna. 



nivea pure & Natural





3. Skrub muka. Jangan ingat, kulit kering tak boleh di skrub. Amalkan seminggu sekali. Faa suka guna bahan-bahan yang semulajadi je. Contoh, Faa suka skrub muka dengan teh hijau atau Oat. Teh hijau yang lepas minum tu, dalam uncang. Koyak uncang tu dan guna la serbuk teh tu. Kalau oat pulak, campur dengan air dan sapu gosok-gosok perlahan-lahan pada muka. 

Kenapa skrub muka penting? 

Sebab kulit kering dimuka tu adalah sel yang dah mati. Dan apabila kita skrub, kita buang sel mati tu dan merangsang aliran darah kat muka. Muka pun rasa lebih lembut dan licin. 






4. Pakai krim pelindung UV. Vahaya Matahari boleh membuat kulit kering rasa pedih dan mengelupas. Apabila dah pakai pelembap, jika ingin keluar rumah pada waktu siang, pakai krim pelindung UV sekurangnya SPF30 keatas. Boleh pakai BB Krim yang ada SPF @ mana2 krim yang ada SPF. Kalau anda pakai pelembap yang dah sedia dengan SPF, lagi bagus. 





5. Pakai mask untuk merawat muka (Baca: Mask mengikut jenis kulit). 
Biasanya Faa suka mask yang dibuat sendiri tapi ada jugak beli. Kalau buat sendiri, lebih suka guna oat yang dicampur dengan ESP Shaklee (Khasiat ESP Shaklee), terbaik!! Parut jerawat cepat pudar... Ada juga Faa guna madu campur oat dan buah tomato. Ini membantu memberi vitamin pada kulit muka dan membina sel-sel baru 





Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 22 December 2014

Apakah Face mask yang sesuai mengikut jenis kulit muka?

Topeng muka (face mask) adalah satu rejimen selepas mencuci muka. Ia digunakan untuk merawat dan membaikpulih keadaan kulit muka. Contoh nya, jika anda berjenis kulit muka yang kering, face mask membantu memberi kelembapan kepada muka. Jika kulit anda jenis sensitif dan kemerahan, face mask membantu mengurangkan iritasi dan menyejukkan kulit muka. 



Terdapat pelbagai jenis bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk dijadikan face mask. Bahan semulajadi lebih bagus digunakan kerana ia selamat dan tiada bahan kimia. 









Untuk Kulit Biasa & Normal 

Boleh gunakan buah epal yang dicampurkan dengan satu sudu makan madu. Buah Epal dihancurkan dengan pengisar dan campurkan dengan madu tadi 

Sapu dimuka yang bersih. Dan biarkan sehingga kering @ 20-30 min. 




Untuk kulit kering.

Antara bahan yang boleh digunakan adalah telur, Madu dan buah avokado. Caranya mudah sekali.. 

Mula-mula pecahkan telur dan ambil kuningnya sahaja. Kemudian campur kan dengan avokado dan madu. Pastikan avokado betul-betul masak supaya senang untuk di penyek dan digaul. Selepas semua sebati, sapu pada muka selama 30 minit dan kering. Cuci muka










Untuk kulit berminyak 

Kuit berminyak, boleh gunakan oatmeal sebagai topeng muka. Bahan-bahan adalah, ¼ cawan oat, 2 cawan betik masak yang dipenyek.. 

Campurkan oat dan betik bersama kemudian masukkan heavy krim dan sedikit serbuk koko. Koko mempunyai fungsi antioksida kepada kulit, oat mampu menyerap lebihan minyak dan betik mampu melembutkan dan memberi kelembapan kepada kulit. 









Untuk kulit sensitif

Untuk kulit sensitif, andaperlu berhati-hati dalam memilih face mask kerana kulit jenis ini mudah menjadi pedih dan kemerahan. Guna pisang, madu dan telur. Pisang mengandungi vitamin A, manakala telur mempunyai lecithin yang bagus untuk kulit. Madu pulak mempunyai 1001 kebaikan..










Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday, 19 December 2014

Tips memilih pelembap mengikut jenis kulit

Memilih Pelembab Sesuai Jenis Kulit





1. Pelembab untuk kulit sensitif
Kulit yang sensitif biasanya akan menampakkan reaksi ketika mula-mula pemakaian pelembap. Kulit jenis ini akan memberikan kelainan dan masalah seperti kulit terasa panas, timbulnya kemerahan setelah menggunakan pelembab. Untuk kulit jenis ini tentu anda tidak boleh memberikan pelembab sembarangan tetapi memilih pelembap yang bebas kimia, pewangi dan paraben. 


Kemerahan dan rasa panas yang timbul adalah akibat tindakbalas alergi kulit yang menunjukkan bahawa pelembab yang anda gunakan tidak sesuai untuk jenis kulit anda.





2. Pelembab untuk kulit kering

Untuk kulit kering pula, ia mempunyai jenis pelembab tersendiri yang boleh anda gunakan. Jika pelembap yang digunakan masih menyebabkan kulit kering dan panas, pilih lah rangakaian yang menggunakan pelembap berjenis krim, serum dan losyen. 




3. Pelembab untuk kulit bermiyak 
Bagi kita penduduk di Malaysia, kebanyakan mempunyai kulit yang berminyak kerana suhu dan pencemaran udara. Jika anda ingin gunakan pelembap, pilih yang bebas minyak (oil-free) kerana apabila anda berada dalam penghawa dingin, muka akan cenderung untuk menjadi kering dan juga berminyak. Ini sangat merimaskan... Jadi, elakkan menggunakan make-up yang terlalu tebal... 




4. Kulit berjerawat
Cara Memilih pelembab wajah untuk kulit berjerawat juga harus diperhatikan agar tidak memberikan kesan buruk bagi jerawat anda. Kalau jerawat anda kelihatan semakin parah setelah mengenakan pelembab, mungkin pelembap anda tidak sesuai. Jadi untuk kulit jenis ini gunakan pelembab yang ringan seperti jenis krim, losyen, ataupun gel.



Baca: Kulit Berseri dan bebas parut dengan Set Cantik Shaklee




Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)


 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 18 December 2014

Kenapa Kolagen Sisik Ikan Merah bagus untuk mereka ingin awet muda?

Serbuk kolagen shaklee adalah supplemen yang mengandungi 4000mg Kolagen Sisik Ikan Merah yang tulen dan bermutu tinggi. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah nilai berat molekular iaitu sekitar 1000 dalton sahaja. Jadi ia amat mudah diserap oleh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen.





Tujuh ramuan utama kolagen ini adalah:

  1. Ekstrak Camelia Japonica – Mengurangkan radikal bebas dan melembapkan kulit.
  2. Kolagen sisik ikan merah - Kurang pencemaran dan kadar serapan lebih cepat & tinggi.
  3. Ekstrak kekerang – bekalkan pelincir pada sendi-sendi dan hidrasi mata (elakkan mata kering)
  4. Lactobacillus acidophilus – membantu menjaga kesihatan sistem usus dan penghadaman
  5. Vitamin C & B – Vitamin C galakkan penghasilan kolagen dan vitamin B membekalkan tenaga untuk penghasilan kolagen
  6. Ekstrak Pfaffia – merangsang penghasilan asid hyaluronik yang menjadikan kulit lembap, lembut dan licin
  7. Elastin Kolagen Ikan – menjadikan kulit tegang, anjal dan elastik



Manfaat utama:

Apabila umur semakin meningkat, semakin kurang kolagen yang dihasilkan oleh badan. Ini mengakibatkan kedutan dan garis halus dan juga kulit menjadi kendur. Umur bukan faktor kekurangan kolagen dalam badan. Ia boleh disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, matahari, pencemaran udara, air dan kekurangan nutrisi. Oleh itu kolagen shaklee boleh membantu anda mengatasi masalah kulit cepat kendur dan berkedut.


Nampak lebih muda
  • Kolagen membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
  • Kuku akan jadi lebih kuat, tiada bintik putih dan warna kuku sihat.
  • Kulit akan jadi lebih lembap dan tak kering. Kulit juga bertambah elastik dan anjal. Kolagen juga membantu luka cepat sembuh dan membaiki parut.
  • Membantu hilangkan tanda penuaan.


Rasa Lebih Muda
  • Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti tulang memerlukan kalsium. Kerana kolagen membantu kuatkan tulang dan kurangkan kerapuhan
  • Kolagen juga membantu mengurangkan sakit-sakit sendi.
  • Baik untuk mata kerana kornea memerlukan sokongan kolagen dan membantu kekalkan keanjalan otot mata





Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday, 17 December 2014

Resepi Kek Gula Hangus Kegemaran di Hujung Minggu

Esok Khamis, dah tak lama nak hujung minggu. Biasanya pada hujung minggu, kerjanya buat kek dan makan-makan bersama keluarga. Ada jugak yang keluar pergi bercuti, lagi-lagi sekarang musim cuti sekolah, mesti banyak jemputan kenduri kahwin. 


Oh yea, kat Pantai Timur sekarang, musim monsun gelombang kedua agaknya. Dah 3 hari hujan ni, moga-moga banjir tak teruk. Tapi ada kawasan dah mula naik air. 

Hari ni, Fa nak share resepi Kek Gula Hangus


kek gula hangus




KEK GULA HANGUS


Bahan-bahan:

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla


Langkah:-

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan sehingga suhu bilik. 

Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan
Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata

Tuangkan di dalam loyang yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam.

Bila dah 3-4 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit.
5 minit terakhir buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday, 16 December 2014

Cerahkan Kulit dengan ESP dan Vitamin C

Rahsia cerahkan kulit dengan ESP dan Vitamin C bukan lagi satu rahsia. Ramai orang google cara nak cerahkan kulit dan kebanyakkan sudah tentu ingin cantik dan inginkan kulit yang bebas masalah. 



Ramai yang menanggap mempunyai kulit cerah boleh meningkatkan keyakinan diri dan lebih selesa berhadapan dengan orang tapi bukan semua orang dikurniakan kulit yang cerah. Ada juga yang sudah cerah tapi menjadi gelap akibat sinaran matahari. 


Shaklee menawarkan dua produk, yang bagus untuk cerahkan kulit secara selamat dan tanpa bahan kimia. Kerana shaklee adalah selamat dan semulajadi.



vitamin C dan ESP




Fungsi ESP dan Vitamin C untuk cerahkan kulit:

ESP adalah berasaskan dari sumber protein Soya yang semulajadi. Sel-sel tubuh dan kulit kita akan berganti setiap 21 hari. Protein berperanan dalam membantu memperbaiki sel-sel kulit. Protein yang mencukupi akan menghasilkan kulit yang cantik, bersih, cerah dan gebu




Vitamin C membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, mencegah pigmentasi. Vitamin C akan menggalakkan pembentukan Colagen kulit yang menjadikan kulit lebih anjal dan cantik




TESTIMONI Kulit Cerah



Vitamin C



Kulit Cerah









Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 15 December 2014

Atasi Masalah Rambut Gugur dengan Zink dan Protein ESP

Masalah rambut gugur adalah normal jika dalam kuantiti yang sedikit setiap hari, kerana itu adalah normal dan akan tumbuh semula. Akan tetapi jika terlalu banyak, anda mungkin kekurangan zink dan protein yang menyebabkan masalah rambut gugur .




Antara faktor yang boleh menyebabkan rambut gugur adalah:

  • Penggunaan bahan kimia yang tidak sesuai seperti mewarnakan rambut dan penggunaan mesin pengering dan pelurus rambut yang terlalu kerap.
  • Perubahan hormon. Biasanya berlaku pada wanita hamil dan selepas melahirkan anak. Lelaki juga boleh mengalami masalah rambut gugur akibat perubahan hormon. Ia menyebabkan folikel rambut mengecut dan rambut tidak boleh tumbuh semula selepas gugur.
  • Kesan dari penyakit yang dihadapi seperti penyakit Lupus dan anemia.
  • Penggunaan ubat-ubatan, kesan dari rawatan kemoterapi dan kesan selepas pembedahan.
  • Tekanan (stress)
  • Perubahan berat badan yang mendadak
  • Kekurangan zat & nutrisi seperti zink & protin dalam pemakanan harian


Atasi Masalah Rambut Gugur dengan Zink dan Protein ESP 




Faa ingin cadangkan Zink Shaklee untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur. Kerana Dirumus dari zink glukonat semulajadi + kalsium + serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc membantu tubuh kita menyerap nutrisi. Kekurangan zink mempengaruhi struktur protein dalam folikel rambut yang akan mengakibatkan struktur rambut menjadi lemah. Akibat kekurangan Zinc, rambut lebih cepat gugur.








Selain mengambil Zinc Complex Shaklee, untuk cepatkan pertumbuhan rambut, disyorkan mengambil sekali ESP kerana ia dapat membekalkan protein untuk membina rambut baru. 

Rambut dan kuku merupakan fiber protein. 90% rambut akan sentiasa dalam fasa memanjang dan berterusan sehingga 2-3 tahun. Apabila masanya telah sampai, rambut akan masuk ke fasa rehat selama 3 bulan dan akan gugur dan diganti dengan rambut baru.

Maka, kekurangan protein boleh menyebabkan rambut semakin banyak gugur. Perkara ini juga telah menjawab persoalan ramai kenapa tiba-tiba rambut tidak gugur setelah mengamalkan ESP secara konsisten.

Kebaikan ESP Shaklee selain untuk rambut: 
  • Mampu memberi tenaga selama beberapa jam. Sesuai diambil sebagai sarapan pagi untuk boost energy. 
  • mempunyai 20 asid amino yang mampu memberi kebaikan kepada kesihatan kulit.
  • ESP mengandungi protein yang membantupertumbuhan semula sel-sel baru dan otot untuk mengurangkan kedutan.
  • Pengambilan ESP secara konsisten bolehmencerahkan dan warna kulit sekata.
  • ESP juga boleh menghilangkan parut jerawatdengan penggunaan masker ESP dan pengambilan ESP.
  • ESP bagus untuk hormon kerana ia mengandungi isoflavones dari kacang soya non-gmo yang membantu keseimbangan hormon.
  • mempercepatkan proses luka sembuh dengan pertumbuhan sel-sel kulit baru.


Testimoni Rambut Gugur




Baca: Kebaikan Zink Shaklee Untuk Rambut dan Kelemumur




Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday, 14 December 2014

Sindrom Pinocchio Menyebabkan Seseorang Tidak Boleh Menipu

Sindrom Pinocchio adalah sindrom tidak boleh menipu, apabila dia menipu atau menidakkan kebenaran, seseorang itu akan tersedu (hiccup).


Tapi sindrom ni betul-betul wujud ke? Jeng-jeng-jeng


Sebenarnya, Sindrom Pinochio ini sebenarnya tidak wujud dan hanya rekaan dalam drama korea Pinocchio. Yang dibintangi oleh Park Shin-hye dan Lee Jong-suk







Drama Korea Pinocchio yang telah mula disiarkan pada 12 November 2014 hingga 15 Januari 2015 yang menceritakan tentang seorang lelaki bernama Ki Ha Myeong yang mempunyai masa lalu yang buruk apabila keluarga bahagia beliau musnah ketika ayahnya dituduh menyebabkan kematian ahli pasukannya ketika dia dan ahli pasukannya cuba menyelamatkan mangsa kebakaran yang terperangkap di dalam kilang. 


Selepas kejadian buruk itu, keluarganya musnah sama sekali, ibu Ha Myeong membunuh diri. Abang Ha Myeong pula hidup dengan dendam kepada orang yang menyebabkan keluarganya musnah, manakala Ha Myeong yang dipercayai mati bersama ibunya telah diselamatkan oleh Choi Gong Phil dan Ha Myeong telah dijadikan anak angkat oleh Choi Gong Phil apabila Choi Gong Phil mengangap itu adalah anaknya yang mati berapa puluh tahun dahulu, dan diberi nama Choi Dal Po. Ketika itulah dia berjumpa dengan gadis bernama Choi In Ha. 


Choi In Ha adalah insan istimewa apabila beliau adalah menghidap sindrom Pinocchio. Sindrom Pinocchio adalah dimana sesiapa yang mempunyai sindrom ini akan tersedu apabila berbohong. 


13 tahun kemudian, Choi In Ha dan Choi Dal Po menjadi wartawan dan mereka jatuh cinta. Tapi ada konflik disebalik hubungan mereka kerana Choi In Ha ada kaitan dengan penyebab kemusnahan keluarga Ki Ha Myeong/Choi Dal Po ketika dulu. 

Nak tahu apa sebenarnya konflik itu? Kena lah tonton drama ni kan.... 



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday, 13 December 2014

Testimoni Nutriwhite Shaklee baik untuk kulit bebas parut dan minyak

Nak tahu tak ada pencuci muka best yang harga dia berbaloi dan jimat, sebab satu tiub tu, aduh... boleh tahan sampai 6 bulan. 


Tahu tak Faa tengah cakap pasal NutriWhite lah ni. Gentle Deep Foaming cleanser dia. Memang best. Dari pengalaman sendiri pakai, muka rasa bersih, make-up (eyeliner) senang nak cuci, pori muka nampak mengecil dan parut jerawat cepat pudar. 




Nutriwhite berfungsi dengan 5 cara, iaitu:

✔ Menghalang kerosakan kulit akibat cahaya matahari dan UV
✔ mengurangkan pigmentasi pada kulit
✔ menghalang tompok2 gelap pada kulit
✔ mencerahkan kulit dan warna sekata
✔ memperbaharui sel-sel kulit yang rosak dan membantu hilangkan parut.



Bahan-bahan NutriWhite adalah semulajadi:

1. Bearberry - meringankan, mengurangkan keradangan dan melegakan kulit muka.

2. Soybean - mencerah, melembutkan, melembap dan kurangkan tompok.

3. Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid

4. Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit

5. Strawberry Begonia - mencerahkan pigmentasi

6. Mulberry - mencegahkan kerosakan dari sinaran matahari dan melembapkan

7. Peony - mencerahkan, melembapkan dan kurangkan radang.

8. Rosemarry - mengetatkan, merangsang keanjalan kulit dan legakan keradangan.

9. Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan

10. Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones

11. Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin

12. Kudzu Leaf & Roots - menegangkan dan kurangkan keradangan drnha isoflovanes

13. Linden - menyuburkan dan hidrasi hingga ke dalam kulit

14. Marshmallow - melembabkan dengan tanin

15. Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan kulit

16. Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan kulit




Hari ni nak kongsi testimoni pencuci muka shaklee yang super best. 



Testimoni Pencuci muka Shaklee



Testimoni Pencuci muka Shaklee

Testimoni Nutriwhite

Testimoni Shaklee Nutriwhite



Ada banyak lagi testimoni nutriwhite ni... boleh PM fa kalau berminat nak cuba 0179192298

Baca: Kulit Cantik dengan Vitamin E & C



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku


Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday, 12 December 2014

Atasi Masalah Bau Badan, Tak Perlu Pakai Deodoran dah

Masalah bau badan sering menghantui sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ia terjadi apabila kita memerah kudrat untuk akitivit fizikal seperti bersenam atau melakukan perkara yang menyebabkan stress seperti bekerja . Menurut kajian, kaum Adam akan mengalami masalah bau badan berbanding wanita kerana lelaki berpeluh 80% lebih banyak daripada perempuan.



Masalah bau badan bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa, tapi ia juga mengganggu keselesaan orang lain dan membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berhadapan atau berinteraksi dengan orang ramai. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan dan mengurangkan punca bau badan ini.



Antara Cara Hilangkan Punca Bau Badan adalah:



1) Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan

Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktivit harian. Dinasihatkan menggunakan sabun antiseptic untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan



2) Pentingnya Memakai Deodorant

Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana Ia menangkis ketiak kita daripada peluh apabila kita melakukan sebrang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.



3) Jaga Pemakanan Anda

Bau badan secara langsung dikaitkan dengan bahan buangan pencernaan badan anda. Apa yang anda makan akan mempunyai kesan yang besar kepada bagaimana anda bau. Badan anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika anda makan makanan yang tidak berkualiti dan yang tidak sihat kerana ia akan merencatkan sisitem penghadaman anda


Cuba kurangkan makanan segera, makanan goreng, dan apa-apa makanan yang diproses lain yang mengandungi banyak bahan kimia. Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Elakkan guna minyak yang berlebihan, sebaliknya guna teknik masak seperti kukus yang tidak mengandungi minyak.


*Elakkan daripada menggunakan bawang dengan kuantiti yang banyak di dalam bahan masakan kerana bawang boleh mencetuskan bau yang kuat yang boleh mengakibatkan bau pada badan kita.



4) Memakai Pakaian Yang Sesuai

Anda hendaklah bijak memilih pakaian yang sesuai dengan anda untuk mengelakkan bau badan. Elakkan daripada memakai pakaian fabric atau menyerap peluh kerana ia akan mengakibatkan peluh yang melekat pada badan itu menjadi bau yang kurang menyenangkan.


Anda juga hendaklah menyimpan pakaian anda di tempat yang mempunyai aliran udara supaya ia bau busuk sekitar anda atau cuaca lembap melekat pada pakaian anda.Anda juga tidak digalakkan memakai baju yang sama, sebaliknya kerapkanlah menggilirkan dan membasuh baju anda



5) Berhenti Merokok!

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan atau membazirkan duit si perokok, malahan jua ia adalah antara punca masalah bau badan. Tembakau di dalam rokok juga akan menghasilkan peluh yang menghasilkan peluh yang berbau.


Bahkan jika anda berhenti merokok, bau itu akan melekat di badan dalam waktu berminggu-minggu.



6) Berjumpa dengan Doktor Pakar

Jika anda mempunyai masalah bau badan yang berkekalan walaupun sudah melakukan pelbagai cara untuk mnghilangkannnya, dinasihatkan supaya anda segera berjumpa dengan pakar bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia mungkin disebabkan perubahan pada hormon, diabetes, radang tersembunyi atau lain-lain lagi.


Penampilan kita hendaklah sentiasa dijaga supaya kita dapat mengekalkan aura positif di dalam diri kita. Penampilan yang menarik dan kebersihan juga penting supaya kita mudah berkomunkasi dengan orang luar, sekaligus memudahkan orang dekat dengan kita. Ambillah langkah-langkah yang sewajarnya supaya dapat mengatasi masalah bau badan ini.




Dalam Shaklee, antara vitamin yang diamalkan untuk masalah bau badan adalah Alfalfa. Kenapa? 
Kerana Alfalfa membantu proses detoks toksin-toksin dari makanan yang dimakan yang menyebabkan badan berbau



Alfalfa bersifat alkali pada badan dan ia kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, besi, kalium. Ia juga mengandungi klorofil, karotena, vitamin A, D, E, B-6, K dan beberapa enzim pencernaan yang tinggi.







Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 11 December 2014

Kepentingan Kolagen Kepada Badan Ketika Usia Makin Meningkat

Apakah kepentingan kolagen kepada badan anda?


Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen. Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Kolagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Kolagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.

Mengapa kita perlu menggantikan kolagen?


Sekiranya pengeluaran kolagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenamya berpunca dilapisan kedua kulit (dermis) dimana terdapatnya kolagen, “elastin” dan kelembapan. Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya kolagen. Apabila koagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan kogen seperti dalam bentuk minuman membantu badan untuk menambah dan memperbaiki kolagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.


   



Pengambilan kolagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Kolagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan kolagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda.



Bilakah masa yang sesuai menggunakan kolagen?

Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kenana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". kolagen jaga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun kolagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein.





Shaklee Kolagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi, ia di ekstrak dari sisik Ikan Merah.



Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton, jadi ia amat mudah dan senang diserap oleh tubuh dan membantu sintesis kolagen pada lapisan kulit.



Tujuh ramuan utama Shaklee Kolagen Powder adalah:

1. Ekstrak biji Camelia Japonica - asid oleik, pelembap kulit yg hebat. bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan radikal bebas.


2. Kolagen Sisik Ikan Merah - sisik ikan merah ialah sumber kolagen yang premium, kurang pencemaran dan kadar penyerapan yg tinggi 


3. Ekstrak Pfaffia - dikenali sebagai ginseng Brazil, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic yg menghidratkan tisu tubuh dan menjadikan kulit lembih lembut, lembap dan licin.


4. Elastin dari kolagen ikan - memelihara fleksibiliti kulit tapi tegang dan memberi kesan melantun apabila dicubit atau ditarik.


5. Vitamin C dan B - vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen. manakala vitamin B menggalakkan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein bg membebaskan penghasilan kolagen dlm sel


6. Ekstrak kekerang - sisntesis cecair synovial iaitu pelincir kepada sendi-sendi dan memberi kelembapan kepada mata supaya tidak rasa kering.


7. Lactobasilus acidophilus - mengimbangi mikroflora usus dan membantu sistem usus yg sihat untuk menyerap kolagen yang lebih optimun.


Rugi tak grab



Kalau bajet anda kurang boleh amalkan Vitamin C Shaklee kerana Vitamin C membantu hasilkan kolagen (Baca: Kolagen daripada Vitamin C)



Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday, 10 December 2014

Tidur tak cukup punca berat badan naik

Assalamualaikum dan selamat petang. 

Siapa sini tak cukup tidur? Angkat tangan cepat!! Mesti ramai yang angkat tangan.. Baru-baru ni, Faa ada buat research la tentang kaitan tidur dan kesannya pada berat badan. Banyak fakta-fakta dan kajian-kajian menarik yang Faa ingin kongsi dengan pembaca blog Faa ni. 



kebaikan tidur yang cukup




Kajian menunjukkan kepentingan tidur dengan berat badan, dimana mereka yang mempunyai tidur yang cukup mempunyai BMI indeks yang lebih sihat berbanding mereka yang tak cukup tidur. Ia juga menunjukkan kekurangan tidur menyebabkan berat badan seseorang naik. Apakah sebab-sebab ini semua terjadi pada badan kita?




1. Hormon Leptin dan Ghrelin


Tidur memberi kesan kepada beberapa jenis hormon dalam badan, antaranya adalah dua hormon yang memainkan peranan yang mengurangkan dan merangsang selera makan iaitu Leptin dan Ghrelin


Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak dalam badan dan berfungsi untuk mengurangkan selera makan. Ghrelin pula dihasilkan dalam perut dan merangsang selera makan


Kekurangan tidur menyebabkan hormon leptin menurun dan meningkatkan hormon ghrelin, yang mengakibatkan selera makan bertambah.


Untuk menurunkan berat dan mengawal selera makan, dapatkan tidur yang cukup, jadi leptin meningkat dan ghrelin menurun. meyebabkan selera makan berkurang. 





2. Hormon Tumbesaran 

Semasa tidur kelenjar pituitari merembeskan lebih banyak hormon tumbesaran berbanding waktu berjaga. Hormon tumbesaran ini berfungsi merangsang pertumbuhan dan pembesaran sel. Hormon ini juga membantu membina otot badan. Oleh sebab itu, semakin tinggi hormon tumbesaran ini, semakin tinggi metabolisma. Dengan metabolisma tinggi, pembakaran lemak lebih mudah dan cepat untuk turunkan berat badan.



3. Kortisol

Dengan tidur selama 8 jam sehari pada waktu malam (10 malam - 6 pagi adalah waktu terbaik), boleh menurunkan paras kortisol dalam darah anda, sementara jika tidur anda tak cukup, paras kortisol adalah lebih tinggi. 


Kortisol tinggi menyebabkan penurunan meabolisma badan. Kortisol juga merangsang memecahkan protein kepada glukosa dalam badan. Jika terlalu banyak glukosa, ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan. 


Selain itu, kortisol mengganggu kebolehan badan untuk membina otot. Jika anda dalam proses penurunan berat badan, pastikan kortisol dalam badan rendah dengan dapatkan tidur 6 - 8 jam sehari. 



4. Pemulihan dan Badan Berehat


Bersenam secara kerap adalah bagus untuk kesihatan dan menurunkan berat badan. Apabila bersenam badan penat dan letih, dan kadang-kadang menyebabkan kecederaan kecil pada otot (Kejang).


Untuk mengatasi masalah lenguh, sakit dan kejang pada otot, anda perlu biarkan badan berehat dengan tidur yang cukup. Bila tak cukup tidur, badan akan cepat penat dan prestasi anda menurun. 


Tidur yang cukup akan membuatkan badan anda mudah sembuh dan bila anda bangun terasa segar dan bersemangat. 





Kesimpulannya, tidur adalah penting untuk badan anda dapatkan rehat dan ia membantu anda mengawal hormon dengan baik dan membantu mengurangkan & mengawal selera makan. Ini membantu anda jadi lebih sihat dan mudahkan proses turunkan berat badan.


Your Health & Beauty Consultant: 

Noor Fatihah bt. Salleh 

No.Phone: 017-9192298 

Facebook: Nutrisi Hatiku 

Instagram: nutrisihatiku 


Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday, 9 December 2014

Vitamin C membantu masalah jerawat dan parut

Jerawat adalah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan remaja dan orang dewasa. Terdapat dua jenis jerawat, jerawat yang disebabkan oleh hormon (ketika haid) dan jerawat cystic. Kedua-dua jenis jerawat adalah disebabkan oleh sebab-sebab yang berbeza tetapi mempunyai gejala yang sama dan bentuk yang sama.



Kesan yang paling teruk yang dihadapi adalah selepas jerawat sembuh dan mengecut, ia meninggalkan kesan parut pada muka. 




Antara vitamin yang boleh membantu menghilangkan masalah parut jerawat adalah vitamin C kerana ia memainkan peranan dalam membaiki kulit termasuklah membaiki parut kesan jerawat. Vitamin C adalah jenis larut air dan tidak disimpan dalam badan, jadi ia perlu diambil setiap hari melalui makan dan juga supplemen.




Vitamin C juga diperlukan untuk mensintesiskan kolagen dalam badan. kerana bila badan tidak cukup vitamin C, kolagen boleh musnah dan rosak, ini menyebabkan jerawat parut sukar disembuhkan.



Vitamin C juga adalah satu anti-oksida yang membantu melawan radikal bebas yang merosakkan sel termasuklah sel kulit. Satu kajian pada tahun 2006 yang diterbitkan oleh Journal of Investigative Dermatology menyatakan :

reactive oxygen species can damage skin and increase inflammation and scarring related to acne. Ingesting or applying vitamin C may help ward off ROS.





Isi Kandungan video ini menyatakan kelebihan vitamin C seperti berikut:

  1. melembapkan kulit - ini adalah penting jika kulit anda jenis kering dan juga berjerawat
  2. membersihkan wajah secara semulajadi dan membuang sel-sel kulit mati yang boleh menyebabkan jerawat
  3. membantu lembutkan kulit.
  4. memgembalikan kulit yang sihat dan 'menghidupkan kembali' kulit anda.
  5. merangsang kolagen pada kulit dan beri kesan elastik pada kulit.
  6. meningkatkan sistem imun dan anti-bakteria (kulat, fungi pada jerawat)
  7. melindungi anda dari kesan sinaran UV matahari yang rosakkan kulit


Dalam Shaklee ada produk vitamin C tau. Iaitu Sustained Release Vita-C Plus. Sustained Release ni bermaksud vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat, 100mg untuk setiap jam. Jadi 1 biji adalah 500mg, selama 5 jam. 



Ini adalah pengguna vitamin C shaklee. Kesan ini diperolehi dengan pengambilan yang konsisten dan juga air yang cukup. Dalam masa 5 bulan, masalah jerawat dan parut pudar. 

Testimoni Vitamin C




Kelebihan Vitamin C daripada Shaklee: 



★ Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

★ Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

★ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

★ Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

★ Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

★ Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Baca: Ingin Kulit Cantik, Boleh Baca Sini



Your Health & Beauty Consultant:

 Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 8 December 2014

Kebaikan Teh Hijau Jasmin Yang Kita Tak Tahu

Pernah minum Teh Hijau Jasmine (Bunga Melur)? Semalam Faa tersilap beli, ingatkan ambil kotak teh hijau asli tu, rupanya terambil Teh Hijau Jasmine. Alahai, nak cepat punya pasal. Takpe.. Boleh cuba minum teh hijau rasa jasmine pulak.

Balik rumah, terus la google tentang kebaikan teh hijau jasmine ni. Kalau teh hijau asli tu, kaya dengan antioksida dan membantu membakar lemak. Kalau tambah jasmine (Bunga melur) ni, apa pulak khasiat dia?


Jasmine Green Tea
Teh Hijau Jasmine dan Teh Peppermint


Haa meh Faa kongsikan kebaikan Teh Hijau Jasmine.


1. Melawan Bakteria 
Membantu badan untuk melawan bakteria dan menghasilkan bakteria baik untuk penghadaman yang baik



2. Membantu menurunkan berat badan
Teh ini mengandungi Catechins yang membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan. Ia meningkatkan kadar metabolik seseorang untuk membakar lemak.



3. Sebagai Aromaterapi
Bunga Melur (Jasmine) mempunyai kandungan sebagai sumber bau yang beraroma terapi. Satu kajian di Eropah menunjukkan dengan menghidu bau bunga melur (Jasmine), ia boleh menurunkan kelajuan jantung dan menaikkan mood yang baik



4. Mengelakkan kanser. 
Teh Hijau tinggi kandungan anti-oksida yang boleh membantu merendahkan peratus kanser. Ini kerana anti-oksida melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser.



5. Anti-Penuaan 
Radikal bebas juga menyebabkan kulit cepat berkedut dan kurang elastik. Jadi anti-oksida dalam teh ini juga membantu masalah penuaan.



6. Perjalanan Darah Lancar
Teh Jasmine telah dikaji dan mempunyai kebaikan untuk melancarkan perjalanan darah.



7. Kesihatan Jantung
Teh Jasmine dikenali dengan kebaikan untuk rendahkan kolesterol dan kesihatan jantung. Dan ia juga membantu menghalang pembentukan kolesterol dari makanan yang baru makan.



8. Menghilangkan Tekanan
Pada zaman dulu-dulu teh jasmine digunakan sebagai penghilang tekanan dan anti-depresi. Kerana ia mempunyai bau yang membantu memberi ketenangan.



9. Menghindari dari selsema
Ia juga mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-virus yang menghalang selsema dan deman. Minum teh ini semasa deman @ selsema membantu proses baik lebih cepat.




10. Menghindari Sembelit
Kesakitan semasa hendak membuang dan susah membuang. Perut kembung dan tak selesa. Kajian menunjukkan teh ini dapat membantu masalah tersebut.


Sumber

banyak juga khasiat teh hijau jasmine ni. faa pun ada beli sekali teh peppermint untuk penghadaman sebab selalu kembung perut je. hehe...

Baca: Herb-Lax bantu masalah perut buncit


Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday, 7 December 2014

Kebas Jari & Rasa Mencucuk-Cucuk adalah simpton Sindrom Carpal Tunnel

Sindrom carpal tunnel ialah kecederaan kepada saraf yang berjalan melalui pergelangan tangan, menyebabkan melumpuhkan kesakitan dan kehilangan kekuatan di jari dan tangan. Kecederaan yang menyebabkan kesakitan dan kebas di indeks dan jari tengah dan kelemahan ibu jari.



Tanda-tanda dan gejala Sindrom Carpal Tunnel termasuk:
  • Rasa kebas mencucuk menyakitkan waktu malam pada satu atau kedua-dua tangan, kerap menyebabkan gangguan tidur.
  • Rasa kebas pada jari
  • Jari rasa bengkak walaupun bengkak sedikit atau tidak jelas
  • Rasa kebas mencucuk siang hari di tangan, dan susah untuk mengenggam barang seperti pisau.
  • Kehilangan kekuatan pada otot pada pangkal ibu jari
  • Sakit mencucuk-cucuk dari tangan sehingga lengan sejauh bahu

Penyebab Sindrom Carpal Tunnel:

Penyebab sindrom ini adalah tekanan pada saraf median karena adanya pembengkakkan atau penyempitan carpal tunnel. Beberapa hal yang dapat menyebabkan carpal tunnel syndrome antara lain:

  • Penyakit, misalnya: hipotiroidisme, rheumatoid arthritis, dan diabetes.
  • Kehamilan.
  • Obesiti
  • Pergelangan tangan atau tangan melakukan gerakan yang sama berulang kali, terutama jika pergelangan tangan Anda tertekuk, yaitu keadaan dimana tangan lebih rendah dari pergelangan tangan.
  • Cedera pergelangan tangan
  • Merokok menyebabkan kurang aliran darah ke saraf median.


Sebenarnya, Faa sendiri pernah mengalami Sindrom Karpal Tunnel ni masa belajar dulu. Yelah, selalu dengan laptop dan pegang tetikus tak betul. Dulu Faa belajar komputer sains, jadi hari-hari buat programming. Sampai satu hari, jari Faa belah kiri tak rasa apa-apa. Pastu pergi klinik, dan doktor cakap Faa kena Carpal Tunnel tapi masih peringkat awal. Doktor tu bagi Ubat Saraf dan Vitamin B Kompleks

Balik je rumah, Faa google dan buat research tentang penyakit ni. Paling teruk kena operate pergelangan tangan. Eeee takut.. Dan faa juga cari, tentang Vitamin B Kompleks dengan Carpal Tunnel ni, apa kaitan dia. Baca-baca, baru lah faham kepentingan vitamin b untuk carpal tunnel sindrom ni.


Vitamin B-6 (pyridoxine), can act as a natural therapeutic agent for nerve compression injuries when taken in 100 mg doses two or three times a day. (At doses higher than 300 mg daily, B6 has caused nerve damage in a few individuals; discontinue use if your symptoms are progressing.) Yoga has been shown to reduce pain and improve grip strength.
-source-



Kenapa Vitamin B Kompleks Membantu Carpal Tunnel Sindrom nih?

Vitamin B Kompleks membantu memperbaiki kecederaan pada saraf dan juga membantu mengurangkan tekanan. 

Some doctors suggest 50-100 mg of Vitamin B6 to ease CTS symptoms. Why? Doctors are divided on why vitamin B6 seems to provide relief from CTS. Some contend that synovium swelling and inelasticity are caused by a B6 deficiency. Other doctors believe that vitamin B6 acts as a diuretic, helping the body to eliminate the excess fluid that may be making wrists swell. Still another theory suggests that vitamin B6 somehow short-circuits an angry nerve's ability to transmit pain signals. -source-




Fungsi-fungsi setiap vitamin B dalam B-Kompleks:
Vitamin B1 : mengurangkan kelesuan,keresahan,mempertingkatkan kecerdasan mental,melancarkan peredaran darah,meningkatkan stamina badan,menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisme

Vitamin B2 : mengurangkan keletihan mata,katarak,jangkitan lidah,membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik

Vitamin B3 : mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah,memperbaiki kesihatan kulit,rambut,sistem pencernaan dan mengelakkan depresi

Vitamin B5 : mengurangkan stress fizikal dan mental,membantu mengurangkan penuaan pra matang

Vitamin B6 : penting dalam proses asid amino,mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi) ,mengurangkan senggugut,menenangkan emosi,mengurangkan kekejangan otot

Vitamin B12 : meningkatkan selera makan,memperbaiki tindakbalas saraf,mengelakkan anemia,keletihan,baik untuk kecerdasan otak,kekuatan fizikal,memori,fokus dan keupayaan seksual
Biotin : membantu B Complex menjadi lebih efektif,mengurangkan rabun,rambut beruban,ekzema dan keradangn kulit

Asid Folik : kesihatan fetus,mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks,anemia,stress,ulser mulut

Vitamin B adalah bersifat larut air,oleh sebab itu,sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan( sebab itu air kencing akan berwarna kekuningan jika mengambil vit.B) ,jika tidak berwarna kekuningan ,itu bermakna anda kekurangan vitamin B

Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday, 6 December 2014

Lagu Terbaru Taylor Swift Shake It Off

Hari ni, Sabtuday kan. Sebenarnya lagu ni dah lama pun tapi masih baru di Malaysia ni. bagi mereka dah dapatkan album terbaru Taylor Swift iaitu T.S. 1989, memang terbaik. 

Ni lagu dan lirik Shake it Off. 







I stay up too late
Got nothing in my brain
That's what people say mmm
That's what people say mmm
I go on too many dates
But I can't make them stay
At least that's what people say mmm
That's what people say mmm

But I keep cruising
Can't stop, won't stop moving
It's like I got this music
In my mind, saying it's gonna be alright

Cause the players gonna play, play, play
And the haters gonna hate, hate, hate
Baby I'm just gonna shake, shake, shake
Shake it off

Heartbreakers gonna break, break, break
And the fakers gonna fake, fake, fake
Baby I'm just gonna shake, shake, shake
Shake it off, Shake it off

I never miss a beat
I'm lighting up my feet
And that's what they don't see
That's what they don't see
I'm dancing on my own
I make the moves as I go
And that's what they don't know
That's what they don't know
But I keep cruising
Can't stop, won't stop grooving
It's like I got this music
In my mind, saying it's gonna be alright
Cause the players gonna play, play, play
And the haters gonna hate, hate, hate
Baby I'm just gonna shake, shake, shake
Shake it off
Heartbreakers gonna break, break, break
And the fakers gonna fake, fake, fake
Baby I'm just gonna shake, shake, shake
Shake it off, Shake it off

Hey, hey, hey
Just think while you been getting down and out about the liars
And the dirty dirty cheats of the world
You could have been getting down to this sick beat

My ex man brought his new girlfriend
She's like oh my god
But I'm just gonna shake
And to the fella over there with the hella good hair
Won't you come on over baby we could shake, shake

Cause the players gonna play, play, play
And the haters gonna hate, hate, hate
Baby I'm just gonna shake, shake, shake
Shake it off. Shake it off
Heartbreakers gonna break, break, break
And the fakers gonna fake, fake, fake
Baby I'm just gonna shake, shake, shake
Shake it off, Shake it off
Shake it off
Shake it off
Shake it off
Shake it off


Baca: Cara Kurus dengan Minyak Ikan Kegemaran Ramai 



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*