ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Monday, 1 December 2014

Resepi Pizza Homemade Senang

Alhamdulillah.. Hari ni buat pizza. Biasa lah hujung minggu kan, biasanya cheat day, jadi makan extra heavy untuk memenuhi craving ni haa. Senang je buat resepi pizza macam ni. Sebab bahan dah siap kan, tinggal tabur dan bakar je. Cuma base dia la, kena uli roti skit... 



Bakar dua pizza, satu guna oven elektrik dan satu guna pemanggang ajaib. Yang dalam oven tu, roti dia ranggup kat tepi, kat tengah macam tebal sikit, dan yang pemanggang ajaib ranggup tengah, sedap.. 




Piza pemanggang ajaib




Bahan untuk buat roti (2 biji piza)

1 sudu besar yis (mauripan)
2 biji telur saiz C
1/2 kilo gandum
Air 
garam

Cara-cara:
Dalam bekas yang sesuai, masukkan yis dan air, kemudian larutkan. Lepas tu pecahkan telur. Dan masukkan gandum sikit-sikit dengan air. Uli lah sampai jadi doh (Tak melekat kat tangan). Kalau ada breadmaker lagi senang. 


Topping:
1 biji bawang holland potong dadu
2 cawan sayur campur (jagung, kacang pis, karot)
10 batang sosej ayam (@ anda boleh letak daging kisar, lagi sedap)
Sos cili & tomato secukup nya (ikut anda, nak letak banyak ke sikit) @ boleh guna sos prego original
Keju (Saya guna chesdale sebab tu je yang ada kat rumah)


Cara-cara:
Sapu sos atas doh yang telah dipenyek-penyek jadi bentuk pizza. Ratakan sos..
Letak sosej, bawang holland, sayur campur dan tabur keju. 
Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 30 min (nampak tepi kuning2 sikit). 
@
Kalau guna pemanggang ajaib, buat roti tu dalam pemanggang penyek2 jadi bentuk pemanggang. Sapu minyak sikit, tak nak bagi lekat. Ratakan sos dan Tabur bahan dan bakar pada api yang kecil je. 

Siap!


ALhamdulillah, kenyang... Lepas makan tu, terus makan OmegaGuard! Sebab omegaguard membantu pembakaran lemak tau. :) 


Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih