Assalamualaikum dan selamat petang.
Siapa sini tak cukup tidur? Angkat tangan cepat!! Mesti ramai yang angkat tangan.. Baru-baru ni, Faa ada buat research la tentang kaitan tidur dan kesannya pada berat badan. Banyak fakta-fakta dan kajian-kajian menarik yang Faa ingin kongsi dengan pembaca blog Faa ni.
Kajian menunjukkan kepentingan tidur dengan berat badan, dimana mereka yang mempunyai tidur yang cukup mempunyai BMI indeks yang lebih sihat berbanding mereka yang tak cukup tidur. Ia juga menunjukkan kekurangan tidur menyebabkan berat badan seseorang naik. Apakah sebab-sebab ini semua terjadi pada badan kita?
1. Hormon Leptin dan Ghrelin
Tidur memberi kesan kepada beberapa jenis hormon dalam badan, antaranya adalah dua hormon yang memainkan peranan yang mengurangkan dan merangsang selera makan iaitu Leptin dan Ghrelin.
Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak dalam badan dan berfungsi untuk mengurangkan selera makan. Ghrelin pula dihasilkan dalam perut dan merangsang selera makan.
Kekurangan tidur menyebabkan hormon leptin menurun dan meningkatkan hormon ghrelin, yang mengakibatkan selera makan bertambah.
Untuk menurunkan berat dan mengawal selera makan, dapatkan tidur yang cukup, jadi leptin meningkat dan ghrelin menurun. meyebabkan selera makan berkurang.
2. Hormon Tumbesaran
Semasa tidur kelenjar pituitari merembeskan lebih banyak hormon tumbesaran berbanding waktu berjaga. Hormon tumbesaran ini berfungsi merangsang pertumbuhan dan pembesaran sel. Hormon ini juga membantu membina otot badan. Oleh sebab itu, semakin tinggi hormon tumbesaran ini, semakin tinggi metabolisma. Dengan metabolisma tinggi, pembakaran lemak lebih mudah dan cepat untuk turunkan berat badan.
3. Kortisol
Dengan tidur selama 8 jam sehari pada waktu malam (10 malam - 6 pagi adalah waktu terbaik), boleh menurunkan paras kortisol dalam darah anda, sementara jika tidur anda tak cukup, paras kortisol adalah lebih tinggi.
Kortisol tinggi menyebabkan penurunan meabolisma badan. Kortisol juga merangsang memecahkan protein kepada glukosa dalam badan. Jika terlalu banyak glukosa, ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Selain itu, kortisol mengganggu kebolehan badan untuk membina otot. Jika anda dalam proses penurunan berat badan, pastikan kortisol dalam badan rendah dengan dapatkan tidur 6 - 8 jam sehari.
4. Pemulihan dan Badan Berehat
Bersenam secara kerap adalah bagus untuk kesihatan dan menurunkan berat badan. Apabila bersenam badan penat dan letih, dan kadang-kadang menyebabkan kecederaan kecil pada otot (Kejang).
Untuk mengatasi masalah lenguh, sakit dan kejang pada otot, anda perlu biarkan badan berehat dengan tidur yang cukup. Bila tak cukup tidur, badan akan cepat penat dan prestasi anda menurun.
Tidur yang cukup akan membuatkan badan anda mudah sembuh dan bila anda bangun terasa segar dan bersemangat.
Kesimpulannya, tidur adalah penting untuk badan anda dapatkan rehat dan ia membantu anda mengawal hormon dengan baik dan membantu mengurangkan & mengawal selera makan. Ini membantu anda jadi lebih sihat dan mudahkan proses turunkan berat badan.
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih