Sindrom Pinocchio adalah sindrom tidak boleh menipu, apabila dia menipu atau menidakkan kebenaran, seseorang itu akan tersedu (hiccup).
Tapi sindrom ni betul-betul wujud ke? Jeng-jeng-jeng
Sebenarnya, Sindrom Pinochio ini sebenarnya tidak wujud dan hanya rekaan dalam drama korea Pinocchio. Yang dibintangi oleh Park Shin-hye dan Lee Jong-suk.
Drama Korea Pinocchio yang telah mula disiarkan pada 12 November 2014 hingga 15 Januari 2015 yang menceritakan tentang seorang lelaki bernama Ki Ha Myeong yang mempunyai masa lalu yang buruk apabila keluarga bahagia beliau musnah ketika ayahnya dituduh menyebabkan kematian ahli pasukannya ketika dia dan ahli pasukannya cuba menyelamatkan mangsa kebakaran yang terperangkap di dalam kilang.
Selepas kejadian buruk itu, keluarganya musnah sama sekali, ibu Ha Myeong membunuh diri. Abang Ha Myeong pula hidup dengan dendam kepada orang yang menyebabkan keluarganya musnah, manakala Ha Myeong yang dipercayai mati bersama ibunya telah diselamatkan oleh Choi Gong Phil dan Ha Myeong telah dijadikan anak angkat oleh Choi Gong Phil apabila Choi Gong Phil mengangap itu adalah anaknya yang mati berapa puluh tahun dahulu, dan diberi nama Choi Dal Po. Ketika itulah dia berjumpa dengan gadis bernama Choi In Ha.
Choi In Ha adalah insan istimewa apabila beliau adalah menghidap sindrom Pinocchio. Sindrom Pinocchio adalah dimana sesiapa yang mempunyai sindrom ini akan tersedu apabila berbohong.
13 tahun kemudian, Choi In Ha dan Choi Dal Po menjadi wartawan dan mereka jatuh cinta. Tapi ada konflik disebalik hubungan mereka kerana Choi In Ha ada kaitan dengan penyebab kemusnahan keluarga Ki Ha Myeong/Choi Dal Po ketika dulu.
Nak tahu apa sebenarnya konflik itu? Kena lah tonton drama ni kan....
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih