Esok Khamis, dah tak lama nak hujung minggu. Biasanya pada hujung minggu, kerjanya buat kek dan makan-makan bersama keluarga. Ada jugak yang keluar pergi bercuti, lagi-lagi sekarang musim cuti sekolah, mesti banyak jemputan kenduri kahwin.
Oh yea, kat Pantai Timur sekarang, musim monsun gelombang kedua agaknya. Dah 3 hari hujan ni, moga-moga banjir tak teruk. Tapi ada kawasan dah mula naik air.
Hari ni, Fa nak share resepi Kek Gula Hangus.
KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Langkah:-
Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan sehingga suhu bilik.
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga
tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan
Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata
Tuangkan di dalam loyang yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam.
Bila dah 3-4 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit.
5 minit terakhir buka api atas dan bawah
45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih