ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Friday, 31 October 2014

Siapakah saya sebenarnya?

Tak salah kan kalau saya bercerita tentang diri saya supaya pembaca boleh kenal, siapa la tuan punya blog ni. Asyik duk sharing produk je.. Jadi, mari Fa kisahkan sedikit tentang diri Fa ni. 

Nama diberi Noor Fatihah Salleh. Berasal usul dari Terengganu. Memang pure asli orang Kuala Terengganu tapi dah nak masuk hulu dah kot Kampung Manir nih. Dilahirkan pada 9 Jun 1987 hari selasa dan bulan islam adalah pada 12 Syawal 1407.

Mula-mula bersekolah di Tadika Kemas. Masa tadika pernah menangis sampai muntah sebab tak nak gi tadika. Sampai cikgu hantar balik rumah. Tapi grad juga akhirnya. Lepas tu, ke Sek.Keb.Manir dan sekolah menengah di SMK.Manir. 

Keputusan SPM agak cemerlang tetapi bukan rezeki untuk sambung di universiti. Sebab nama tercicir macam mana entah la. Terus masuk Politeknik ambil Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Ahamdulillah dapat biasiswa tajaan JPA (mungkin ini hikmah tak dapat U). Pointer diploma pon Alhamdulillah, cantik :) Masa politeknik ni la dapat tahu ada Anemia. 

Lepas habis diploma, isi UPU nak sambung degree. Sekali lagi nama tercicir dan dapat UniMas, Sarawak tapi tak pergi jugak sebab ada Anemia, susah kalau jadi apa-apa. So lepas tu, dapat surat unutk pengambilan masuk UTP dan masa yang sama UPSI. Tapi pilih UPSI atas permintaan semua orang, g interview, pastu tak dapat. Jengg sungguh. 

Lepas tu, masuk la TESDEC, ambik kursus Network. Masa ni lah Fa jumpa En.Hazwan.. Seorang yang kuat menyakat tapi dia langsung tak bercakap atau usik-usik Fa. Masa ni takde feeling. Lebih kepada takde feeling tapi semuanya Allah dah rancang.. (ni kena cerita lain).

Lepas habis TESDEC, dah malas nak belajar jauh-jauh. Apply UPU dan Fa pilih UMT. Pilih kursus IT (Software Engineering). Hazwan pun masuk UMT jugak, dia nak ikut Fa. Tapi jangan ingat kami belajar U sama hari-hari dating. Nehi-nehi-nehi. Dia masuk kursus budak Fizik. 

Masa Dinner Semester Akhir

Last day exam sem akhir

Last Day Exam Sem Akhir

Tahun lepas, 2013, Fa grad dan terus sambung Master tapi jadi RA dulu. Tapi separuh jalan saje. Kesihatan tak mengizinkan. Dan Fa pun tak sedap la dengan SV masa tu, sebab projek tak jalan tapi gaji Fa ambil. So Fa berhenti dan gaji bulan terakhir Fa tak claim sebab tak de progress sangat. Dan master pun Fa tinggalkan juga. (susah nak buat keputusan ni) 

Fa jumpa Shaklee pada akhir tahun 2012, ambil ESP sebab nak kurangkan makan ayam atas nasihat Doktor. Jadi Fa google sumber protein. Masa tu beli dengan distributor K.Trg dan dia selalu tak reply bila Fa tanya. So, lepas tu... Fa jumpa Nanny Lyna Noh dan nanny kenal kan pada Mommy Hanum dan terus jadi Ahli. 

Sekarang baru nak serius bisnes ni. Even kadang-kadang Fa rasa ramai orang cakap Fa tak boleh kemana tapi Fa nak buat jugak sebab kejayaan tak datang bergolek-golek (I wish).. hehe... So biarkan mereka. Dan teruskan perjuangan. Go go WAHMillionaire. 


Your Health & Beauty Consultant: 

Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

ESP, Vita-Lea dan Vitamin C semasa Hamil

Set Kehamilan Shaklee adalah vitamin lengkap untuk ibu hamil. Kesihatan ibu adalah penting untuk tumbesara bayi dalam kandungan. Oleh itu ibu hamil, perlu mengambil makanan dari sumber yang berkhasiat. Namun begitu, kadang-kadang apa yang ibu makan tidak cukup untuk menampung keperluan zat dan vitamin yang diperlukan. 

Fa takde lagi pengalaman hamil, namun begitu ada kawan-kawan Fa yang amalkan Shaklee semasa hamil dan mereka bagitahu bahawa mereka sangat berpuas hati terutama sekali dengan ESP dan Vita-Lea. Sebab mereka tiada selera dan rasa mual-mual tapi Alhamdulillah boleh minum ESP dan ESP memberi tenaga.

Set Paling Asas untuk ibu hamil adalah ESP dan Vita-Lea. Untuk mereka yang mempunyai bajet lebih boleh ambil Set Lengkap Kehamilan. 

Mari Fa ceritakan kebaikan Set Hamil ini untuk ibu semasa hamil, selain membekalkan khasiat, set ini mampu memberi kulit yang cantik gitu.. Haa mesti nak cantik jugakkan..




1. VitaLea Formula Zat Besi 
VitaLea Iron Formula adalah Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu hamil yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Dengan formula ZAT BESI, ia membantu para ibu mengandung mnghasilkan darah. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh. Disini, vitalea membantu tekanan darah dan level Hb darah yang normal dan bacaan pon cantik je. 

Selain itu, Vita-Lea juga mempunyai kumpulan vitamin B kompleks yang penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Dan membantu penghasilan darah dan tekanan darah normal.


2. Vitamin-C Plus
Vita-C Plus Sustained Release menyediakan 500mg vitamin C. Pentingnya vitamin C adalah untuk penyerapan zat besi yang lebih optimun. dengan , darah boleh dihasilkan dengan kadar yang baik. Selain tu, vitamin C membekalkan kolagen dan mencantikkan kulit. 

3. Energizing Soy Protein
Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

ESP juga membantu ibu hamil rasa lebih kenyang dengan kandungan protein yang cukup seharian. Jadi, berat ibu terkawal dan tidak naik mendadak, hehehe tak perlu minum air gula dah. 


Kalau berminat nak mencuba set asas ni, boleh contact Fa - 0179192298  @ boleh klik buy now untuk pembelian secara online, menggunakan kad kredit/debit shaja. 



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 30 October 2014

Resepi Roti Sarang Lebah

Tak pernah lagi buat roti, ni la first time buat roti. Tak ikut pun sangat resepi bawah tu, adjust ikut kesesuaian. Tapi jadi jugak Alhamdulillah. Ni resepi ambil kat banyak-banyak blog pastu adjust ler. 

Resepi Doh 
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan air yogurt asli
¼ cawan minyak zaitun
1/2 cawan air suam
Badam

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt  ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
5. Uli sehingga elastic.
6. Bilarasa dah puas hati, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah golf ke? ikut la kecik sikit takpe..
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik dan guna minyak zaitun untuk elak melekat.
9. Taburkan dengan badam  jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
10. Pastikan oven betul-betul panas, baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.



SOS Butterscotch:
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup susu cair
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan susu cair perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.





Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Zink Shaklee sembuhkan luka

Zink adalah satu elemen penting didalam badan manusia. Ia memainkan peranan untuk fungsi badan secara biologi dan penting dalam 300 jenis enzim tubuh manusia. Zink berperanan dalam semua organ dalam badan samaada organ, tisu, tulang dan sel. Otot dan tulang adalah bahagian yang mengandungi zink yang paling banyak. Zink yang tinggi kepekatan berada dalam prostat dan semen (lelaki).

zink shaklee untuk luka

Antara kepentingan zink adalah:


1. Untuk tumbesaran and sel badan
- Zink memainkan peranan ketika mengandung untuk tumbesaran fetus. Ia membantu mengelakkan kecacatan dan kelahiran pra-matang. 

2. Untuk kesuburan
Dalam set kesuburan shaklee, zink dimasukkan sekali kerana membantu fungsi produktif untuk lelaki dan perempuan. untuk lelaki, ia melindungi prostat dan membantu kepekatan sperma. untuk perempuan pula, zinc membantu masalah PMS dan ovulasi. Zink membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya

3. Untuk sistem imun badan
Zink memainkan peranan dalam perlindungan imun badan terutama T-Cells. Kandungan zink yang rendah dalam badan membuatkan T-cells jadi lemah dan badan mudah mendapat penyakit. Peningkatan zink secara normal membantu masalah pneumonia dan cirit birit. Zink juga mampu mnghindar dari terkena deman dan selesema. 

4. Untuk Kulit, Kuku dan Rambut
Zink membantu mempercepatkan proses sel. Zink juga membantu penyembuhan jerawat dan masalah kelemumur. Zink sangat membantu untuk sembuhkan luka

Siapa yang memerlukan zink
  • Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit


Harga sebotol Zink Shaklee adalah RM33.75



Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday, 29 October 2014

Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi


Agak ketinggalan ye nak cakap tentang jeruk mangga asam boi nih. Rasa macam dah lama ada jeruk mangga ni tapi kasi up sikit la, letak asam boi. Fa bukan seorang peminat jeruk sangat pun sebab tak suka jeruk masam tapi suka jeruk madu pak ali. 

Tapi oleh kerana menjadi viral di facebook dan en.hazwan pun ada share gambar di whatsapp (en.hazwan memang kaki jeruk). So teringin la tahu, walaupun dah tahu senang je nak buat jeruk asam boi ni secara saintifik nya. Tapi secara praktikal nya belum buat lagi sebab tak jumpa buah mangga (buah mangga sold out okeh)

JERUK MANGGA ASAM BOI


2 biji mangga muda
10 hingga 15 biji asam boi
5 hingga 10 tangkai cili padi (hiris halus ikut tahap pedas kesukaan anda?
1 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ guna limau kasturi lagi sedap. 


Cara-Cara:
1. Kupas mangga muda, cuci dan toskan air sehingga kering.
2. Campurkan semua bahan-bahan di atas.
3. Simpan dalam peti sejuk buat seketika (4-5 jam)
4. Siap untuk dimakan.

Senang sungguh!! 

Tapi sekarang nak buat Roti Sarang lebah la esok. Walaupun daku tengah pantang makan "karbohidrat putih" tapi makan sikit je tiada masalah kan. hehe.. 

Gambar kredit to resipicitarasawan



Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Bahaya ke ESP untuk ibu mengandung?

Ramai juga ibu-ibu mengandung yang mesej dan whatsapp Fa, tanya boleh ke ambil ESP masa mengandung? Bukan Soya tu bahaya ke kalau minum selalu? 

Jawapan yang Fa bagi kat mereka. ESP ni kalau tak ambik memang rugi sangat. Tak kira la, mengandung atau tak mengandung. Sebab ESP ni istimewa sikit, ade 'kick' yang tersendiri. 


Apa sebenarnya ESP ni?
ESP Shaklee hanyalah SOY PROTEIN ISOLATE, dibasuh dengan menggunakan air bersih dan bukannya dengan alkohol seperti kebanyakan produk soya di pasaran. ESP mengandungi Lecithin soya yang kaya dengan kolina untuk perkembangan otak. Jadi ESP SHAKLEE selamat diambil oleh ibu mengandung.


Selain dari itu, ESP ni selamat diambil selalu dan lagi bagus konsisten untuk dapat kesan yang terbaik. ESP dibuat dari kacang soya asli dan TIDAK diubah genetik (non-GMO soy). ESP juga  diproses TANPA melalu haba untuk mengekalkan khasiat protein didalamnya. Sebab tu ESP ni tak boleh bancuh dengan air panas ye. 

Dan yang best lagi, dalam ESP ni ada tambahan Kalsium yang baik untuk tulang.

Kebanyakan ibu-ibu hamil dan telah bersalin yang mengambil ESP ni memberi komen seperti:

  • Badan semakin kurus dan slim kerana ESP membuatkan kenyang untuk jangka waktu yang lama.
  • Kulit semakin cerah.
  • Tona kulit semakin sekata.
  • Parut jerawat hilang tak perlu makeup tebal dah, sapu compact powder sahaja.
  • Semakin cun seperti anak dara walaupun anak dah masuk 2
  • Umi saya suka sangat ESP ni, siap syorkan kat kawan dia.

Seronok tak seronok dengar komen gitu? Tentulah Fa seronok.. sebab ESP ni berkesan untuk mereka dan Fa rasa dapat membantu mereka jadi lebih sihat. Tapi ada juga mesej-mesej Fa cakap ESP tak berkesan pada mereka. Haaa... ni yang nak cakap sikit, memang la tak berkesan kalau ambik ES ingat-ingat lupa. Kalau ambil supplemen mesti KONSISTEN dan BERTERUSAN. Jangan main makan ikut mood je. 

ESP SOya
Itu nombor lama. Nak contact Fa, ni nombor baru 017-9192298


Kalau nak beli sendiri nak klik-klik online pon boleh. Janji ada kad kredit/debit yang aktif. Klik je BUY NOW kat bawah..


Harga ESP = RM150.00.. Nak harga istimewa, whatsapp Fa a.s.a.p 

Jadi Ahli Dapat Banyak Diskaun? 

Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday, 28 October 2014

HB Rendah Semasa Hamil?

Apakah itu HB? 
Hemoglobin (Hb or Hgb) adalah sejenis protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen. 

Kenapa HB Normal Penting?
Kandungan HB yang normal adalah penting bagi semua orang. Tetapi untuk ibu hamil ia adalah sangat penting kerana melibatkan bayi dalam kandungan. Kesan kekurangan HB semasa mengandung adalah:

Bayi tidak mendapat oksigen yang cukup dan boleh menyebabkan kelahiran pra-matang, gangguan proses terbentuk organ dan kecacatan. Tak nak kan anak dalam kandungan jadi macam ni. Nauzubillah.. sebab itu lah ibu hamil perlu menjaga paras HB mereka. 

Cara untuk tingkatkan HB:

1. Makan makanan yang kaya dengan Zat Besi seperti daginglembu, kerang, bayam, telur dan Oat.
2. Makan telur ayam kampung mentah semasa subuh, 30 minit sebelum makan apa2. Boleh telan ke? hehe... 
3. Banyakkan makan buah oren dan buah yang ber-vitamin C, kerana vitamin C membantu penyerapan Zat Besi dengan lebih baik.

Set Ibu Hamil dengan ESP, VitaLea, B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin keperluan untuk ibu hamil bagi menaikkan HB mereka yang rendah kerana:

vitalea untuk hb rendah
1. VitaLea Formula Zat Besi 
VitaLea Iron Formula adalah Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Dengan formula ZAT BESI, ia membantu para ibu mengandung mnghasilkan darah. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

hb rendah
2. Vita-C Plus
Vita-C Plus Sustained Release menyediakan 500mg vitamin C. Pentingnya vitamin C adalah untuk penyerapan zat besi yang lebih optimun. dengan , darah boleh dihasilkan dengan kadar yang baik. Selain tu, vitamin C membekalkan kolagen dan mencantikkan kulit. 


3. B-Complex 
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.


Berminat nak cuba SET untuk Hb rendah ni? Hubungi saya seperti dibawah @ Buy Now!


Baca: Atasi Masalah Anemia dengan Pemakanan yang betul

Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Dulu mula-mula kenal Shaklee, dengan pengedar Kuala Terengganu, tapi dia buat endah tak endah je dengan saya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Tanya boleh ke tak, dia jawab ikut kesesuaian. Oh mak... Tak suka sangat macam tu okey. Dah la blank kita main makan je. Takde pon cakap, vitalea tak boleh makan dengan ESP. Nampak sangat gaya nak jual barang. 

Kini tidak lagi. Google-google jumpa la Mommy saya.. Wan Fatihanum. Masuk ahli terus sebab tergoda dengan ayat-ayat mommy kat blog dia. Mommy Hanum memang terbaik guide dia. Tak kedekut la nak sharing cara makan, pantang larang antara supplemen mana tak boleh makan sekali dan macam-macam lagi. 

Jadi, sekarang di bawah guide Mommy Hanum. Saya memulakan bisnes Shaklee saya. Mula-mula tak serius, hanya untuk diri sendiri dan saje part-time sharing pasal Shaklee terutama sekali ESP. Itu lah punca I jatuh cinta pada Shaklee. Kisah hormon memberontak, ESP sahaja yang dapat memujuk. Kelasss gitu ESP.. Bukan untuk cantik aje, tapi untuk hormon pun bagus jugak. 

Sekarang dah setup blog sendiri dan memang full time bisnes ni. Aku doa diri sendiri agar fokus dan fokus.

Oleh kerana saya menetap di Kuala Terengganu atau lebih spesifik lagi di Manir. Saya Pengedar Sah Shaklee di Kuala Terengganu serta kawasan yang sewaktu dengan nya. hehe.. Siapa nak mencuba Shaklee, bak kata orang putih, "dont be shy"... sebab saya pon pemalu juga orang nya. 

Shaklee Kuala Terengganu




Apa yang saya boleh bagi pada anda sebagai Pengedar Shaklee Kuala Terengganu?

1. Produk yang terbaik dan selamat
2. Cara makan, guide, tips dan nasihat untuk anda. Supaya anda tak makan supplemen membabi buta. nanti badan anda juga yang tak dapat manfaat.
3. Follow-Up.. saya akan follow up anda supaya anda konsisten amalkan supplemen. Jangan hangat-hangat tahi ayam
4. Saya boleh bagi anda peluang untuk berniaga dengan modal serendah RM75 tanpa simpan stok. 



Your Health & Beauty Consultant: 
 Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku  

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 27 October 2014

Tambah Berat Badan

Haaa... jangan ingat Shaklee ni untuk nak kurus je. Nak tambah berat badan pun boleh. Untuk orang yang terlalu kurus lah kan. BMI bawah daripada 18 gitu. Kalau dah lebih 25 tu, wajib ambil Set Kuruskan Badan lah pulak ye. 

tambah berat badan


Shaklee menawarkan 3 produk terbaik untuk tambah selera dan tambah berat dengan sihat. Bukan lemak ye. Kita nak tambah berat tapi sihat. 


MEAL SHAKES
Mengandungi 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang oenting. sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein.Mealshake ini berperisa vanila dan sedap jika diminum begitu sahaja bersama air kosong/susu. Kaya dengan protein yang membantu membina otot dan bukan nya berat yang naik tu lemak.


VITALEA
Mempunyai 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pebnetukan sel darah merah. Khasiatnya adalah membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid/beguk, memberi badan rasa bertenga dan tidak mudah lesu, menjadikan kulit sentiasa tegang, menelak pitam dan pening. 

B-COMPLEX
vitamin B penting untuk badan. mengawal kadar metabolisme dalam badan, mengekalkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan, memberi mood happy dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Mengandungi kesemua 8 Vitamin B - Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Folic Acid (B9). Tahukah anda tekanan, gula, alkohol, painkiller, antibiotik, pil perancang, rokok, etc boleh memusnahkan fungsi vitamin B dalam badan, maka ia perlu diganti. 

B-Complex membantu mengatasi kelesuan, mencegah kemurungan dan stress, memelihara kesihatan sistem saraf, meningkatkan daya tumpuan dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan kurang mengantuk setiap kali selepas makan.


Berminat nak cuba? Boleh hubungi saya @ Buy Now (ada kredit/debit kad)



Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tip Untuk Turunkan Berat Tanpa Senaman

Nak turunkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan risau... anda boleh lakukan perkara yang membantu membakar kalori tanpa bersenam.


1. Minum air yang cukup.
Air yang cukup adalah bersamaan 25kg = 1 liter air. Kalau berat 50kg, jadi 2 liter lah air nya. Air membantu meningkatkan metabolisma badan, dan membantu membakar kalori. Minum air yang sejuk lagi cepat membantu kalori dibakar kerana badan akan membakar kalori untuk memanaskan badan. Minum air juga membantu anda rasa lebih kenyang dan anda tak makan benda yang merapu. 




2. Dapatkan tidur yang cukup
Apabila kita tidur tidak cukup, badan lebih senang naik kerana berasa tidak puas dan tidak kenyang. Jadi, mereka lebih banyak makan kerana ingatkan masih lapar tapi sebenar badan penat dan menjadi 'craving' makanan yang manis dan makanan segera. Semasa idur juga, badan akan membakar kalori, jadi dapatkan tidur yang secukupnya.




3. Kawal jumlah pengambilan makanan.
Kawal jumlah makanan dan makan dengan lebih kerap. Ini membantu metabolisma badan sentiasa tinggi dan seimbang. Apabila makan terlalu banyak, perut akan mudah rasa kembung kerana terlampau kenyang. Makan perlahan-lahan kerana perut ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang. 




4. Minum Teh Hijau
Selain daripada air, Teh Hijau juga membantu tingkatkan metabolisma badan. Selain itu, ia kaya dengan anti-oksida yang bagus untuk anda.



5. Gunakan kawan-kawan.
Mempunyai kawan-kawan yang menyokong perubahan gaya hidup anda boleh membantu anda kekal positif dan bermotivasi. .




Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday, 26 October 2014

OsteMatrix Bantu Masalah Sembelit

Ramai wanita hamil suka dengan OsteMatrix, bukan sebab ia hanyalah kalsium untuk tulang. tapi lebih dari itu. 


Antara sebab saya sukakan ostematrix adalah:


1. Bantu melawaskan - Magnesium bersifat menarik air, lebih banyak air boleh dibawa ke dalam usus dengan mengambil makanan tambahan magnesium atau dengan memakan makanan yang tinggi magnesium. Air di dalam kolon akan membuatkan najis lebih lembut dan membolehkan usus untuk menyerap air dari kotoran jika badan memerlukannya.

2. Senang nak bangun tidur - Ostematrix mengandungi Magnesium yang membantu tubuh kita mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti

3. Bangun pagi terasa segar dan badan tak lenguh - Ostematrix mengandungi kalsium yang membantu mengurangkan sakit yang berkaitan tulang, termasuk lah sakit pinggang

4. Tiada sakit sengugut dah - kekurangan kalsium dan magnesium menyebabkan rasa sakit ketika haid. OsteMatrix membantu membekalkan dan mengantikan kalsium dan magnesium yang kurang semasa haid. Ini membantu mengurangkan rasa sakit sengugut.


Bantu masalah sembelit


OsteMatrix shaklee dihasilkan daripada Kalsium, Magnesium dan vitamin D dalam kuantiti yang mengikuti keperluan harian anda. Boleh membantu masalah sembelit dan kesihatan usus serta tulang.

Di dalam kolon, kalsium bergabung dengan hempedu yang berlebihan dan lemak yang terurai untuk membentuk sabun tidak larut yg tidak berbahaya, yang dikeluarkan bersama-sama dengan najis anda. Ini membantu memastikan usus anda bersih.

Magnesium dikenali sebagai julap lembut, membantu mencegah sembelit dengan cara merehatkan dinding usus. Ia menormalkan ketegangan pada dinding kolon dan membolehkan tindakan peristalsis biasa.

Magnesium juga bersifat menarik air, lebih banyak air boleh dibawa ke dalam usus dengan mengambil makanan tambahan magnesium atau dengan memakan makanan yang tinggi magnesium. Air di dalam kolon akan membuatkan najis lebih lembut dan membolehkan usus untuk menyerap air dari kotoran jika badan memerlukannya. 

testimoni ostematrix


Berminat nak cuba OsteMatrix? Hubungi saya atau beli sendiri online. 




Your Health & Beauty Consultant:

Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku

Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Bersenam di rumah

Kebanyakan mereka yang berkerja mahupun surirumah tidak mempunyai masa untuk pergi bersenam seperti joging atau ke gim. Bersenam sekurang-kurangmya 3 kali seminggu adalah penting untuk kesihatan jantung.

Namun begitu, anda boleh bersenam dirumah tanpa memerlukan alatan bersenam sperti dumbbell, treadmill dan sebagainya. Bagaimana nak bersenam dirumah?

Tips bersenam di rumah:


Sebelum memulakan senaman, panaskan badan dulu sebab kita taknak jantung terkejut dengan senaman secara tiba-tiba. Senaman yang senang seperti lari setempat, angkat kaki 90 darjah dan lain-lain

antara senaman yang boleh dilakukan dirumah ialah:

1. Jumping Jacks (lompat bintang)
- senaman kardio yang bagus untuk membakar kalori dan memulakan senaman.

lompat bintang


2. Crunches
- senaman yang bagus untuk membina otot di bahagian perut dan membakar lemak


3. Lari Setempat
Senaman yang bagus untuk jantung. Boleh dibuat depan TV saje. Memerlukan sepasang kasut yang selesa dipakai. tapi rasanya kita kat malaysia, tak pakai kasut takpe kot..


4. Squats
Senaman yang bagus untuk punggung dan peha. Membina otot di bahagian punggung dan peha. Membentuk pinggul yang cantik.




Banyak video yang ada di youtube yang boleh dilakukan dirumah seperti blogilates dan fitnessblender.



Baca: Cara Kurus dengan Shaklee 

Your Health & Beauty Consultant:

Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram:017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday, 25 October 2014

ESP Perut kenyang

Tahukah anda bahawa Energizing Soy Protein menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan? 


Sebab itu boleh kenyang. Pengambilan protein dalam diet adalah penting. Protein memberi rasa kenyang dan puas apabila diambil. 

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

ESP juga tidak mengandungi laktosa, jadi sesuai untuk mereka yang alah laktosa tapi memerlukan minuman yang mempunyai kalsium. Kerana ESP mengandungi 500mg kalsium untuk setiap hidangan. 

kandungan ESP

Oleh kerana ESP ni mengenyangkan maka sebab itulah ESP berada dalam Set Kurus 


Faedah utama ESP Shaklee:


1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

3. Kulit berseri dan anjal - Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

4. Pemberi tenaga segera - Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

5. Memulihkan Pigmentasi - Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

6. Memperbaiki Memori - Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya. 

7. Membantu Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu - Komposisi utama dalam susu ibu ialah protein dan pengambilan protien menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Protein diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat.


Berminat nak cuba ESP? Buy Now @ Hubungi saya seperti dibawah:



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 0179192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Kesilapan Ketika Mengambil Supplemen

Ada sesetengah orang yang mengamalkan supplemen tapi tidak mendapat kesan yang sepatutnya. Ini kerana ada berbagai-bagai sebab. Dan kita perlu lah mengambil tahu cara pengambilan vitamin yang betul melalui distributor.

Antara kesilapan Ketika Mengambil Supplemen adalah:


1. Tidak Konsisten
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, hendak lah mengamalkan supplemen itu secara konsisten. Untuk tubuh mendapat keserasian dengan supplemen, sekurang-kurangnya 90 hari (3 bulan) - 120 hari (4bulan). Konsisten dari segi masa dan juga pengambilan air. 

2. Kurang pengambilan air
Air memainkan peranan penting dalam proses penyerapan vitamin ke dalam tubuh. Ia juga membantu badan mengeluarkan toksin dalam badan dan membantu badan menyerap vitamin dengan lebih baik. 

kepentingan air


3. Makan terlalu banyak supplemen pada satu masa
Haa... yang ni satu lagi. Ada yang jenis malas nak makan supplemen ikut masa. Jadi, ambil semua jenis pada satu masa. Ni salah ye. Kerana ia menyebabkan kepekatan darah meningkat, apatah lagi kalau dibuat macam ni pada waktu malam, sebelum tidur bedal semua jenis vitamin, pastu minum air tak cukup. ishh ishhh... 

Eloknya, bahagikan supplemen tu. Pagi makan apa, tengahari makan apa dan malam apa. tengok kesesuaian dengan pemakanan kita.

4. Makan supplemen dengan minuman berkafein.
Kafein membuatkan supplemen anda makan tidak berkesan kerana ia seolah-olah meghalang penyerapan kedalam tubuh. Contoh: Zat Besi. Kafein menghalang penyerapan zat besi. Jadi pengambilan zat besi seperti vitalea adalah membazir sahaja kerana badan tidak dapat pun menyerap vitamin tersebut.

5. Gabungan pengambilan yang salah.
Tahukah bahawa pengambilan jenis vitamin dengan vitamin yang lain ada bezanya? seperti:

Vitamin E & GLA tidak digalakkan diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa menganggu penyerapan vitamin E dan GLA (mengandungi vitamin E)

ESP dan Ostematrix tidak boleh diambil dengan Vita-Lea kerana kalsium menganggu penyerapan Zat Besi dalam Vita-Lea. 

Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.
Vitalea tidak boleh diambil oleh pesakit Talasemia & Hypertyroid
ESP tidak boleh diambil oleh Hipotyroid.

Ibu Hamil tidak digalakkan mengambil Vivix, Vitamin E, GLA, alfalfa, cinch, Caratomax, Lecithin, Nutriferon.. kerana kandungan anti-oksida yang tinggi, kerana risau menyebabkan keguguran kecuali atas nasihat doktor. 



Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday, 24 October 2014

Tahun Hijrah 1436

Alhamdulillah...
Hari ini 24 Oktober 2014 merupakan hari terakhir tahun Hijrah 1435. Selepas maghrib 24 Oktober 2014 kita akan masuk pada tahun baru Hijrah 1436.

Sempena akhir tahun dan awal tahun Hijrah ini disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah 2014 ini untuk mendapat rahmat dari Ilahi

Doa Akhir Tahun dibaca sebelum masuk maghrib dan selepas asar sebanyak 3X

Doa awal tahun dibaca selepas maghrib sebanyak 3X


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Kita mulakan azam baru di tahun yang baru ni, jangan berazam masa tahun baru omputih je tau. Lebih berkat kita mulakan tahun baru bulan Islam ini dengan doa akhir tahun dan juga doa awal tahun. Moga tahun ini, dan akan datang lebih baik dari yang semalam. Semoga lebih rajin dan murah murah rezeki dalam bisnes ni. inshaAllah...

Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 011-31209418
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Cara Makan OmegaGuard

OMEGA GUARD adalah minyak ikan terbaik di dunia. 


omegaguard shaklee



Di ekstrak dari ikan air laut sejuk seperti Sardin, Mackerel dan Herring, di kawasan perairan negara Jepun. 3X ganda lebih tumpat dari hati minyak kan. Mengandungi asid lemak omega 3 yang semula jadi seperti EPA, DHA dan ALA. Satu sajian = 905mg asid lemak omega 3 DHA dan EPA.

OmegaGuard mempunyai banyak khasiat untuk kita seperti:


  • Asid Lemak - asid lemak omega 3 tidak boleh dihasilkan dari badan dan ia boleh diperolehi dari makanan. Omega Guard menyediakan asid lemak yang terbaik kandungan EPA dan DHA 
  • Cegah penyakit saluran darah dan strok - EPA & DHA adalah gabungan yang mampu menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, kepekatan darah, dan peredaran darah yg lancar.
  • membantu tumbesaran & perkembangan otak dan memori - DHA adalah makan untuk otak, saraf dan retina, dan mampu menguatkan memori. DHA menguatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran. Mencegah MIGRAIN. 
  • Menentang kanser - omega 3 mampu mencegah penyakit kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. 
  • Membantu tingkatan fungsi sendi - Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Ia boleh cegah kemusnahan tisu rawan,
OmegaGuard juga ada dalam set untuk kuruskan badan kerana:
  • mempengaruhi peningkatan hormon LEPTIN dalam badan. Leptin adalah hormon yang mengawal selera makan dan metabolisme. 
  • LEPTIN membantu hantar signal pada otak untuk mengawal selera makan,
  • Makin rendah Leptin, makin cepat rasa lapar!
  • Leptin juga mampu meningkatkan metabolisme yg boleh membakar lemak dan kalori dalam badan..
Bagaimana pula cara makan Omega Guard ni?
Untuk mereka yang ingin kurus, Omega Guard boleh dimakan selepas makan 3X sehari, sebiji selepas makan. Sarapan, Lunch dan Diner. 


Harga OmegaGuard adalah RM136 sahaja.


Your Health & Beauty Consultant: 
 Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 011-31209418 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 23 October 2014

Bagaimana makan ikut piramid makanan?

piramid makanan


Aras 1: Nasi, bijirin, Mee, roti dan produk bijiran dan ubi-ubian
Makanan pada Aras 1 ini adalah makanan berkarbohidrat. Sumber karbohidrat ini membekalkan tenaga dan juga memberi vitamin, mineral, gentian dan juga protein untuk kesihatan tubuh. Kumpulan ini patut dimakan lebih banyak dari 8-12 hidangan sehari. Namun begitu, perlu lihat juga cara penyediaannya.
Satu hidangan Aras 1 adalah bersamaan dengan berikut:
  • ½ cawan
  • 1 keping roti 
  • ½ cawan mee
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana

Aras 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan dalam kumpulan Aras 2 ini membekalkan sumber vitamin dan mineral serta serat. Perlu dimakan dari 3-5 hidangan sehari.
Satu hidangan Aras 2 adalah bersamaan dengan:
  • ½ cawan sayur-sayuran
  • ½ cawan ubi keledek
  • 1 potong betik/tembikai
  • ½ cawan jus buah
  • 1 biji pisang/oren/epal/lai

Aras 3:
-Ikan, Ayam, Itik, Daging dan Kekacang
Makanan pada Aras 3 ini adalah sumber protein. Protein adalah penting untuk pembinaan sel-sel, tisu badan dan juga membaiki luka. Sumber ini juga membekalkan Zat Besi, Vitamin B dan juga Zink. Pilihan sumber ini perlulah dikurangkan lemak seperti ayam tanpa kulit. 
Satu hidangan Aras 3 adalah bersamaan:
  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak (sebesar kotak mancis)
  • 2 sudu makan peanut butter
  • ½ cawan kekacang
-Susu & Produk Tenusu
Produk susu dan tenusu berada sama aras dengan ikan, ayam, daging & kekacang. Susu & tenusu merupakan sumber kalsium dan protein yang penting untuk tumbesaran tulang. Susu lemak manis adalah tidak termasuk. 
Satu hidangan susu& tenusu adalah:
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan yogurt
  • 1 keping keju

Aras 4: Gula, garam, lemak & minyak
Lemak dan minyak merupakan asid lemak perlu dan mempunyai vitamin A, D, E dan K. Namun begitu, disyorkan penggunaan gula, lemak, minyak dan garam hanya sedikit sahaja kerana ia merupakan karbohidrat ringkas yang senang bertukar menjadi lemak.



Baca: Cara Detoks dengan Makanan

Your Health & Beauty Consultant:
 Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 011-31209418
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Vitamin Shaklee untuk Kulit

Kulit adalah organ terbesar manusia. Menjaga kesihatan kulit adalah sangat penting untuk kesihatan dan juga kecantikan. Penjagaan dari dalam dan juga luar membantu kulit menjadi sihat dan bermaya. Kebanyakkannya lebih mnumpukan kepada kesihatan kulit muka untuk kecantikan. Akan tetapi, kulit dibahagian lain pun perlu dijaga. 

Untuk penjagaan luaran kulit anda boleh:


  1. Menggunakan losyen yang mempunyai SPF untuk melindungi kulit dari sinar matahari yang merbahaya.
  2. menggunakan krim pelembap muka untuk memelihara kesihatan kulit muka.
  3. memakai sunblock
  4. Menggunakan payung jika hari terlalu panas. 
  5. Mengamalkan masker untuk muka dan juga bodyscrub untuk badan.
Untuk penjagaan dalam pula, saya cadangkan pengambilan vitamin Shaklee, ini kerana vitamin Shaklee adalah semulajadi, dan dihasilkan dengan ujikaji yang terbukti berkesan dan selamat (jika ikut cara makan yang betul).

Untuk penjagaan kulit, antara vitamin yang saya cadangkan adalah:

1. ESP Shaklee
2. Vitamin C
3. Vitamin B
4. Vitamin E

Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan adalah: 

1. ESP Shaklee - menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, membantu menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur & membantu menghilangkan parut jerawat di muka dan kulit kusam, kerana terjadinya parut/kusam akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

ESP Shaklee



2. Vitamin C - membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

Vitamin C untuk kulit

3. Vitamin B - menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

vitamin b shaklee

4. Vitamin E - membantu melambatkan penuaan, membaiki parut, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. 
kulit dengan vitamin E

Jika anda dalam bajet yang terhad, saya cadangkan anda mengambil ESP Shaklee kerana ESP mempunyai banyak khasiat untuk keseluruhan badan. Baca: Khasiat ESP untuk Kulit 


Jika anda berminat untuk mencuba vitamin yang dicadangkan ini, boleh hubungi saya atau beli sendiri secara online. saya akan memberi tunjuk ajar cara makan dan tips percuma kepada customer saya. klik buy now untuk beli secara online. 



Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
Whatsapp & Telegram: 011-31209418 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku_shaklee 

Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) 

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*