Nak turunkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan risau... anda boleh lakukan perkara yang membantu membakar kalori tanpa bersenam.
1. Minum air yang cukup.
Air yang cukup adalah bersamaan 25kg = 1 liter air. Kalau berat 50kg, jadi 2 liter lah air nya. Air membantu meningkatkan metabolisma badan, dan membantu membakar kalori. Minum air yang sejuk lagi cepat membantu kalori dibakar kerana badan akan membakar kalori untuk memanaskan badan. Minum air juga membantu anda rasa lebih kenyang dan anda tak makan benda yang merapu.
2. Dapatkan tidur yang cukup
Apabila kita tidur tidak cukup, badan lebih senang naik kerana berasa tidak puas dan tidak kenyang. Jadi, mereka lebih banyak makan kerana ingatkan masih lapar tapi sebenar badan penat dan menjadi 'craving' makanan yang manis dan makanan segera. Semasa idur juga, badan akan membakar kalori, jadi dapatkan tidur yang secukupnya.
3. Kawal jumlah pengambilan makanan.
Kawal jumlah makanan dan makan dengan lebih kerap. Ini membantu metabolisma badan sentiasa tinggi dan seimbang. Apabila makan terlalu banyak, perut akan mudah rasa kembung kerana terlampau kenyang. Makan perlahan-lahan kerana perut ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang.
4. Minum Teh Hijau
Selain daripada air, Teh Hijau juga membantu tingkatkan metabolisma badan. Selain itu, ia kaya dengan anti-oksida yang bagus untuk anda.
5. Gunakan kawan-kawan.
Mempunyai kawan-kawan yang menyokong perubahan gaya hidup anda boleh membantu anda kekal positif dan bermotivasi. .
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih