Mari sambung cerita percutian yang dah nak basi ni.. hehe... So selepas dari Kuala Perlis hari tu, destinasi seterusnya adalah Taman Ular & Reptilia Perlis. Lupa pulak harga tiket, rasanya dalam RM10. Lupa sebab ada orang belanja, jadi tak tengok pulak masa beli tiket. huhu
Ni adalah pondok dalam kawasan taman tu, cantik kan. nak ambik gambar lagi tapi bateri kamera nak habis, Puas hati jalan, sampai lenguh-lenguh kaki.
Lepas habis pusing-pusing Taman Ular tu, seterusnya ke Taman Anggur pulak. Hasrat dihati nak tengok anggur tapi malangnya semua anggur takde sebab baru lepas dipetik. Tapi dah bersyukur dapat tengok gunung-gunung tu. Sejuk jiwa... Sejuk mata...
Haa burung helang bawah ni, sebenarnya tak duk sini, tapi tengah bersedia untuk buat show untuk pengunjung. dia terbang ke arah pengunjung tapi ada orang jaga la, bila lempar daging dan bagi arahan, helang ni terbang dan boleh bergambar juga dengan helang tapi takottt.
Burung ni, banyak sangat spesies nya. spesies yang dalam kartun BLUE makaw tu pon ada. tapi snap yang ni, sebab yang ni sangat friendly... comel je, bila say hello, dorang reply "hello"..
Bermalam satu malam di Safira Chalet & Counrty Club. Esoknya pergi kat politeknik, tak masuk dalam pun.. tengok dari luar je.. banyak perubahan dari segi pembinaan dan rupa pintu gerbang tu. dulu tak ada pintu gerbang tu.
Lepas sarapan dekat Permatang Pauh, destinasi seterusnya.... Kenduri Kahwin Sepupu (belah isteri dia) di Tanjung Karang, Selangor.
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 011-31209418
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku_shaklee
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih