Agak ketinggalan ye nak cakap tentang jeruk mangga asam boi nih. Rasa macam dah lama ada jeruk mangga ni tapi kasi up sikit la, letak asam boi. Fa bukan seorang peminat jeruk sangat pun sebab tak suka jeruk masam tapi suka jeruk madu pak ali.
Tapi oleh kerana menjadi viral di facebook dan en.hazwan pun ada share gambar di whatsapp (en.hazwan memang kaki jeruk). So teringin la tahu, walaupun dah tahu senang je nak buat jeruk asam boi ni secara saintifik nya. Tapi secara praktikal nya belum buat lagi sebab tak jumpa buah mangga (buah mangga sold out okeh)
JERUK MANGGA ASAM BOI
2 biji mangga muda
10 hingga 15 biji asam boi
5 hingga 10 tangkai cili padi (hiris halus ikut tahap pedas kesukaan anda?
1 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ guna limau kasturi lagi sedap.
Cara-Cara:
1. Kupas mangga muda, cuci dan toskan air sehingga kering.
2. Campurkan semua bahan-bahan di atas.
3. Simpan dalam peti sejuk buat seketika (4-5 jam)
4. Siap untuk dimakan.
Senang sungguh!!
Tapi sekarang nak buat Roti Sarang lebah la esok. Walaupun daku tengah pantang makan "karbohidrat putih" tapi makan sikit je tiada masalah kan. hehe..
Gambar kredit to resipicitarasawan |
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
Whatsapp & Telegram: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
Sedapnye jeruk....Roti pun sedap...Pasni bagi resepi roti plk...Hehe..Teringin nk makan tp malas buat sendiri...
ReplyDeleteSarapan Pun Boleh Minum Petang Pun Boleh
hehehe... roti tu dah buat tadi. first time buat roti... nanti saya share resepi :)
Deletejeruk asam boi boleh buat kecur air liuq tau! dah 2x buat memang sodapp
ReplyDelete