Adakah anda risau dengan kehilangan rambut kerana keguguran? Rambut makin menipis? Penat sudah mencuba pelbagai cara dan syampu dipasaran?
Ingin tahu cara menumbuhkan rambut dan melebatkan? Cara ini saya sendiri amalkan, dan Alhamdulillah... berkesan dan masih dalam proses.
Hari ni, Faa nak share tentang rambut gugur dan cara nak menumbuhkan dan melebatkan rambut.
Sebenarnya, apa yang Faa buat hanyalah mengubah apa yang Faa makan dan menambah supplemen untuk mempercepatkan proses. Yelah, kita takkan dapat khasiat 100% daripada apa yang kita makan. Badan memerlukan supplemen untuk memastikan dapat nutrisi dan zat yang cukup.
Ada banyak sebab kenapa rambut boleh gugur atau menipis... Antaranya adalah kekurangan vitamin, tekanan, tak cukup tidur, merokok, ubat-ubatan, dan menopaus. Ada juga yang disebabkan oleh alat-alat seperti pengering rambut, seterika rambut dan bahan kimia.
Faa amalkan cara yang semulajadi, yang memberi ruang untuk kulit kepala sihat dari dalam. Sebab rambut tumbuh dari kulit kepala kan. Kalau kulit kepala tak sihat, rambut pun mesti bermasalah.
Antara yang diamalkan oleh Faa untuk mengatasi masalah rambut adalah:
1. Tidur yang cukup.
Tidur adalah penting untuk mengurangkan tekanan. Dan semasa tidur, badan kita dapat berehat. Biasa waktu tidur Faa adalah 10.30 -11.00 malam. Dulu suka sangat tidur lewat, pukul 3 pagi pun tak tidur lagi. Memang stress sangat. Alhamdulillah, sekarang Faa tukar waktu tidur..
2. Makan makanan yang membantu pertumbuhan rambut.
Antara makanan yang Faa amalkan adalah ikan dan sayur. Ayam dan daging biasanya makan hujung-hujung minggu je. Sebab rambut buat daripada protein kan. dan Ikan mempunyai Omega-3, selain dari tu, untuk tambah omega-3 dalam badan, Faa makan supplemen OmegaGuard Shaklee yang memberi sumber omega-3 yang terbaik
Selain daripada omega-3, zat besi juga penting. Sebab tak cukup zat besi, maka Hb darah tak normal. Faa dulu memang ada anemia kurang zat besi. Rambut memang teruk, bukan rambut saje, tapi semua la. Sebab oksigen tak cukup. Kan darah yang angkut oksigen ke organ-organ dalam badan. Dan supplemen yang Faa makan adalah Vita-Lea Formula Zat Besi.
Untuk protein, supplemen yang Faa ambil adalah ESP Shaklee yang kaya dengan protein soya-non gmo tau. memang bagus dan membantu Faa dari segi hormon dan lain-lain.
3. Makan makanan yang kaya dengan lemak sihat.
Pernah dengar lemak sihat tak? Lemak bukan semua jahat, ada yang sihat dan bagus untuk badan. Seperti minyak zaitun, buah avocado, kekacang, telur dan minyak ikan. Semua ini adalah lemak yang sihat dan kaya dengan khasiat untuk pertumbuhan rambut dan juga membantu menambah metabolisme.
4. Tukar syampu yang tiada @ tanpa SLS.
Faa memang alah dengan SLS. Kalau pakai syampu SLS, kepala memang gatal dan ada jerawat. Bila ada jerawat, kawasan situ memang banyak yang gugur. Maksudnya kulit kepala tak sihat lah tu. hehe... Sekarang Faa pakai syampu yang super best iaitu Prosante Revitalizing Shampoo.
Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit daripada dulu. Hb pun dah normal, last sekali check masa Hb low, adalah 5.2 macam tu. Sekarang Faa 13.4... So happy...
Siapa-siapa ada masalah rambut, boleh whatsapp Faa. InshaAllah Faa membantu -- 0179192298
Faa pernah sharing tentang kebaikan shaklee untuk masalah rambut.
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih