ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Sunday, 16 November 2014

Madu sebagai masker jerawat

Masker madu adalah salah satu cara untuk mendapatkan wajah yang bebas jerawat dan juga melembapkan wajah. Ini kerana madu mempunyai fungsi antibakteria yang membantu membasmi jerawat.






Manfaat Madu sebagai Masker


Madu mempunyai manfaat yang banyak untuk penggunaan luaran dan juga dalaman. Ia boleh membantu memberi manfaat dari segi kecantikan seperti muka, badan dan juga rambut.


Masker madu mampu mengatasi masalah jerawat, memutihkan kulit muka, membantu masalah kulit kering, kulit berminyak dan juga kulit yang sensitif. Ia juga boleh memudarkan parut jerawat dan bintik hitam.


Cara membuat masker madu

1. Menggunakan madu sahaja tanpa mencampurkan bahan lain. 

Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit, sebelum sapu madu di muka, anda perlu membasuh muka sehingga bersih dulu. Disarankan menggunakan air suam untuk membuka pori-pori muka supaya madu boleh menyerap dalam kulit muka. Biarkan 10 minit dan bilas. 


2. Masker madu campur lidah buaya/aloe vera
Ini adalah masker untuk merawat jerawat. Madu mempunyai fungsi anti-bakteria, manakala lidah buaya membantu menyejukkan dan mengecutkan jerawat.

Campur kan kedua-dua bahan dan sapu dimuka. Pastikan muka dibersihkan dulu. biarkan selama 10 minit.


3. Madu dan Putih Telur
Campuran ini adalah untuk kulit muka yang kering. Kerana ia membantu melembapkan kulit muka. Satu sudu madu dan sebiji putih telur. Bersihkan wajah dan sapu rata pada muka. Dan biarkan sehingga 20 minit. Basuh bersih dengan air suam dan keringkan wajah.


4. Masker Madu dan Lemon
Ini adalah campuran madu dan buah lemon untuk mencerahkan kulit muka. Kandungan pH dalam lemon membantu mencerahkan kulit tanpa membuatkan kulit muka kering.

2 sudu madu dan 1 sudu perahan lemon. Bersihkan wajah dan sapu rata. biarkan selama 20 minit dan basuh bersih.


Your Health & Beauty Consultant: 
Noor Fatihah bt. Salleh 
No.Phone: 017-9192298 
Facebook: Nutrisi Hatiku 
Instagram: nutrisihatiku 

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :) *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih