Masa blogwalking tadi, terjumpa satu gambar ni, macam cabaran 30 hari. jadi Fa nak buat lah cabaran 30 hari ni. Menarik dan boleh buat pembaca lebih mengenali diri Fa ni. Jom buat secara berjemaah. hehehe
Jadi, no.1 adalah 1 gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri anda.
Heee maaf lah sebab Fa tak ada gambar terbaru. Hobi Fa ni, suka ambil gambar makanan yang Fa makan sebab nak track-down berapa banyak kalori dan apa Fa makan hari-hari. Jadi Fa ambil gambar dan Fa akan kira kalori berapa banyak untuk setiap hidangan. Macam dalam gambar ni, ni spageti bolognaise yang Fa masak Sabtu lepas. Guna daging raya korban baru-baru ni dan yang daun-daun tu adalah parsli.
Sarapan pagi semalam |
5 Fakta Tentang diri Fa;
1. Fa suka menjahit dan baking. Walaupun dulu, perangai ala-ala tomboy, sejak habis belajar ni. Fa rasa rajin pulak hari-hari baking dan cuba resepi baru. Fa juga suka menjahit dan mempunyai sebuah mesin jahit pemberian kakak.
2. Fa pernah sambung master tapi berhenti sebab tak sihat dan tak mampu nak teruskan. Jadi Fa berhenti buat master, dalam hati ni masih ada rasa nak belajar lagi. Rindu nak buat coding. Rindu nak buat website.
3. Mempunyai 13 orang anak saudara. 3 lelaki dan 10 orang perempuan. Fa anak yang kelima dan adik kepada Fa dah pun kahwin. Fa ni bila lah nak kahwin ye? Tertanya-tanya juga.... hehehe
4. Fa berumur 27 tahun tapi orang selalu ingat Fa ni 23 atau 24 dan pernah sekali masa pergi temuduga, Fa tunggu lif. Kakak tu tanya, "adik praktikal ke kat sini?" Fa cakap la interview, pastu dia kata ingatkan baru 20.. awet muda sangat. Rahsianya adalah ESP Shaklee
5. Saya ada anemia kurang zat besi sejak 2007. Hb Fa paling rendah adalah 5.2.. Pertama kali tahu masa kat politeknik, Fa pitam kat tangga dan kena tahan wad. dan paling tinggi pun sampai Hb 10.5... dan yang terbaru adalah 5.4 (semasa bulan puasa tahun ni - sebab Fa berhenti master). Alhamdulillah sekarang lebih okay. Fa makan Vita-Lea Shaklee dengan Vitamin C Shaklee untuk naikkan Hb.
Jadi itu la 5 fakta tentang Fa. dan satu gambar terbaru.
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih