Jadi Fa teruskan dengan menjawab soalan cabaran untuk hari yang ke-2, iaitu 5 cara nak memenangi hati saya.
Sejujur-jujurnya, Fa sendiri pun tak tahu, yelah kan. Orang perempuan ni kan banyak ikut emosi, jadi nak memenangi hati Fa ni, kena tengok emosi Fa lah. Nanti tak pasal menang penumbuk (Fa tak pernah lagi tumbuk orang).
5 cara nak memenangi hati si Fatihah ni (hati ku sudah dimiliki)
2. Minat yang sama dengan Fa. Kita boleh jadi geng. *high five sikit* . Fa suka muzik alternatif dan k-pop. Dulu pernah jumpa kawan perempuan ni, Fa tak pernah bercakap pun dengan dia, tapi mula-mula dengar telefon dia berbunyi, lagu Greenday. Lepas tu, terus Fa tegur, suka Greenday ke... Kemudian, jadi kawan rapat.
3. Tak lupakan kawan. Apa guna berkawan tapi lupakan mereka macam tu je. Tapi hati-hati memilih kawan. kerana kawan lah, yang boleh bawa kita ke jalan betul dan juga jalan yang tak betul. Kalau jumpa kawan yang baik, tak salah kita ucapkan selamat pada hari lahir atau hari istimewa mereka, kerana ini boleh gembirakan hati mereka.
4. Belikan Fa hadiah. Tapi bukan mata duitan. Siapa tak sukakan hadiah? Mesti semua sukakan... Tapi Fa suka hadiah macam kad, yang boleh Fa simpan dan baca masa hari-hari tua nanti. heee :)
5. Ketawa. Kawan-kawan yang boleh buat Fa ketawa dan senyum semasa Fa ada masalah. Susah nak cari kawan yang ada 24 jam dengan kita. Hakikatnya, kawan baik seorang perempuan adalah suami dan sebaliknya.
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih