ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Wednesday, 5 November 2014

Cabaran Hari Ke-3 | Sesuatu Yang Menguatkan Saya

Setiap orang sudah tentu anda sesuatu yang menguatkan mereka. Macam push factor untuk berjaya. Kalau dalam Shaklee wajib ada push factor tu, kalau tak macam hangit-hangit tahi minyak jelah. 


love family



Sesuatu yang menguatkan Fa ialah Keluarga, terutama sekali, Mak. Mak banyak habiskan wang ringgit untuk Fa belajar dan sekarang pun kadang-kadang mak masih bagi duit. Rasa ingin bagi duit  pulak kat mak. Jadi, Fa kuatkan semangat mulakan bisnes. Nak kerja pakai kudrat, memang Fa tahu, Fa tak mampu. 


Fa pernah kerja kedai komputer lepas habis diploma. Ya Allah, penat nya sampai Fa tak sihat. Mana tak nya, angkat PC, angkat kotak.. Kira stok barang. Fa dah la ada anemia kan masa tu.Mak dengan Bf marah sangat masa tu sebab Fa degil nak kerja. Tak lama lepas tu, Fa berhenti sebab tak larat. 


Yang kedua, teman lelaki (skema bunyi nya), hazwan. Dia memang selalu sangat bagi nasihat dan tegur Fa, jika Fa ada buat apa-apa yang salah. Walaupun teguran dia ni, garang macam harimau, tapi setiap apa yang dia cakap beri Fa kekuatan. 






Yang terakhir, adalah diri Fa. "Aku buat ni untuk siapa, untuk diri sendiri juga, bukan untuk orang lain".. "Kalau aku sukses, aku juga yang akan senang nanti, bukan orang lain"... Ramai yang suka bertanya, kenapa belajar tinggi-tinggi kalau setakat nak bisnes online ni. Berdesing telinga, kadang-kadang down juga, tapi tak lama. Sebab hidup rasa down ni, memang tak akan gembira. Jadi, Fa kuatkan diri sendiri untuk teruskan. 


Selain daripada itu, yang memberi kekuatan pada Fa adalah vitamin-vitamin Shaklee. Hahaha boleh tak nak cakap ESP bagi Fa kekuatan dan tenaga untuk membuat kerja sepanjang hari. Tanpa ESP sehari, hidup Fa rasa macam ada yang tak kena. Kalau pagi-pagi subuh, tak minum ESP rasa macam perut tak happy. Over sangat statement. hehehe






Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih