ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Tuesday 29 July 2014

Isu Shaklee dan Israel

Hari ini, isu boikot barang-barang, produk dan jenama dari Israel begitu tersebar luas terutama sekali McDonald. Bagaimana pulak dengan Shaklee? 

Sebelum memboikot, perlulah kita memahami mengapa kita BOIKOT barang/produk tersebut. Perlu ke kita boikot semua barang dari US/Yahudi Laknatullah. ATAU kita BOIKOT barang/produk dan syarikat yang menyumbang banyak kepada Israel? 

Kena betul-betul fahami antara yang menyumbang dengan tidak. Kita tidak boikot sebarang syarikat melainkan dia menyumbang pada Israel hatta kalau dia adalah syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang pada Israel dan ia berhak diboikot. Isunya boikot pada penyumbang, bukan pada keseluruhan negara yang kita anggap menyumbang. Pengertian mengenai boikot ini juga boleh didapati dari penerangan Aqsa Syariff tentang boikot fb. SUMBER


Dalam hal SHAKLEE. Ramai yang takut untuk menggunakan produk SHAKLEE kerana ia keluaran US dan ia patut diboikot. Untuk pengetahuan, syarikat shaklee dimiliki oleh roger barnet dan beliau bukan yahudi. Dan syarikat ini milik roger, bukan milik kerajaan US. Dan shaklee tidak menyumbang kepada Israel. Tapi ada isu yang timbul iaitu kes seorang bernama Kenneseth yang menyumbang kepada Israel.

Kenneseth adalah seorang SID Shaklee dan dia menyumbang kepada Israel secara INDIVIDU dan BUKAN MEWAKILI SHAKLEE.  Maka nya kita TIDAK boleh menganggap Shaklee menyumbang kepada Israel hanya kerana ada seorang SID yang menyumbang kepada yahudi. Ada juga SID yang menyumbang kepada negara ISLAM dan membayar zakat menggunakan bonus tersebut. Kerana Shaklee memberi BONUS kepada SID dan SID tersebut berhak membuat apa sahaja dengan bonus itu.

Kita bukan boikot semua produk yang bersal dari US atau Yahudi, tapi kita boikot syarikat yang menyumbang kepada kewangan Israel. Jelas bukan?


No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih