Siapa tak mahu rambut yang sihat dan bersinar? Mesti semua wanita inginkan rambut sihat, lebat dan juga bersinar-sinar. Rambut adalah mahkota wanita.
Tahukah anda? Penggunaan minyak dan amalan mengurut kulit kepala mampu merangsang pertumbuhan rambut? Dan, penggunaan minyak mampu memberi rambut sihat, lebat dan bersinar?
Tips-tips cara menumbuhkan rambut:
- Jangan basuh rambut anda hari-hari. Kerana, kulit kepala anda menghasilkan minyak nya sendiri untuk memberi kelembapan pada rambut, jika rambut dibasuh hari-hari, kulit kepala akan jadi kering @ berminyak kerana kulit kepala anda akan mengeluarkan lebih banyak minyak, menjadikan kulit kepala berminyak dan sebaliknya.
- Guna minyak seperti kastor, zaitun, jojoba, badam dan kelapa. Minyak mampu merangsang dan membantu rambut membaik pulih dari kerosakan, selain mampu memberi kelembapan pada rambut ia juga memberi kesan rambut bersinar. (myMetro)
- Jangan sikat rambut selepas mandi. Rambut akan menjadi mudah patah & kering jika disikat selepas mandi, tunggu kering dahulu atau gunakan sikat wide tooth. Ini kerana, rambut ketika basah sangat lemah, dan apabila ia sudah agk kering & sedikit lembap, sapukan sedikit minyak seperti badam atau kelapa.
- Kurangkan penggunaan alatan pengering rambut atau alatan hair straightening. Ini akan menambahkan lagi kerosakan pada rambut kerana kepanasan oleh alatan. elok nya, jika terlalu perlukan penggunaan pengering rambut, sapukan sedikit minyak badam atau kelapa sebelum mengeringkan rambut denan alatan tersebut, untuk elakkan rambut bertambah rosak.
- Amalkan supplement seperti multivitamin & multimineral, minyak ikan, b-complex, vitamin C, Zink, vitamin E dll. Ini SANGAT PENTING. kerana, rambut tumbuh dari badan kita, jika badan tak cukup nutrisi & zat penting untuk rambut, pertumbuhan rambut mungkin berlaku perlahan. Jika tidak mampu semua, ambil lah supplemen multivitamin & multimineral sahaja dah mencukupi untuk ganti zat & nutrisi yang tak cukup dalam badan. (vitamin untuk rambut)
- Mengambil protein yang mencukupi. Protein membantu menghasilkan protein keratin untuk rambut. Pengambilan protein secara konsisten boleh merangsang pertumbuhan rambut anda. Protein powder seperti ESP Shaklee adalah bagus untuk sumber protein yang cepat dan berkhasiat.
- Guna syampoo free-sulfate. sodium lauryl sulfate(SLS) menyebabkan rambut kering, kulit kepala gatal dan berminyak. jika anda tidak sesuai dengan SLS, cari syampoo yang free-sulfate (Sumber). Gunalah shampoo shaklee prosante kerana ia bebas sulfate dan paraben.
- Air yang cukup!! Air yang mencukup sangat penting untuk badan. sekurang-kurangnya 2-3L sehari.
Saya sendiri berpengalaman dalam hal ini, kerana saya mempunyai masalah Trichotillomania. Masalah ini adalah kecenderungan seseorang untuk mencabut rambut, bulu kening, bulu mata atau bulu roma pada badan. Masalah saya, adalah mencabut rambut di kepala. Rambut saya yang asalnya lebat dan sihat, akhirnya menjadi rosak dan rapuh. tapi saya mengamalkan tips-tips diatas, dan Alhamdulillah nampak kesannya. Rambut menjadi kuat, kurang rosak dan mudah tumbuh.
----Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email):---
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Hp: 017-9192298
Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan.
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih