ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Tuesday, 15 April 2014

Kisah Saya dan Anemia

Saya ada Anemia Iron Deficiency. Paling rendah HB adalah 5.2.. Masa tu kena tahan wad.. Dan masa tu saya kat Penang, belajar kat Politeknik kat sana. Itu lah first time saya masuk hospital. dan selepas itu... Tiap-tiap semester saya akan masuk hospital. Especially bulan puasa. 

Ada sekali tu, bulan puasa.. Tak larat sangat.. Masa tu weekend, roomate takde, dia balik Perak. Biasa lah kan, yang duduk dekat memang nak balik berbuka kat rumah. So, masa tu dalam pukul 6.30 petang. Saya deman dan darah pon rendah.. Tapi gagahkan jugak berjalan pergi kafe. 

Sudah beli makanan sume, saya berjalan balik ke asrama. Lepas tu, macam mana entah.. dunia tiba-tiba berpusing dan saya terduduk tepi pagar. Pastu ada JPP (macam MPP lah), lalu.. Dia pegang saya, dan tanya okay ke tak? Saya cakap pening... Dia pegang tangan saya, "sejuk nya tangan awak, kaki pon pucat sangat ni"... Dia dan kawan dia papah saya ke bilik mereka. 

Orang azan dan saya berbuka dengan air je. hehe... Buat muka tak bersalah... Mereka cakap, "awak rehat la dulu, nanti saya hantar balik bilik awak"... Lepas tu, mereka pon hantar balik bilik dan bagitahu warden.. Warden bawak gi klinik.. dapat MC.. pastu ayah datang ambik dari Terengganu. 

Sebenar nya masa kejadian tu, saya tak tahu bahawa saya ni ada Anemia. Masa tu saya deman panas. Dan kejadian tahu Anemia tu. Saya pening lepas naik tangga kat kelas. Tingkat 3, dan sorang-sorang. Lama jugak duduk kat tangga tu sampai rasa okay. So, petang tu... Saya ajak kawan teman ke hospital dan masa tu la dapat tahu. Ni la nama dia, check-in masuk hospital tak pasal-pasal.. sekali lagi.. Ayah datang ambik dari Terengganu. 

Sekarang ni Hb dalam range rendah lagi, paling tinggi 9.5 lah. Dah lama tak check.. Dulu makan pil hospital bagi tapi tak leh makan, selalu muntah. Pastu makan Sangobion, yang ni pon kadang-kadang muntah. Sebab apa muntah dan mual? okay... sebab dos zat besi dalam tu tinggi dan bila lambat serap, ia boleh bagi kesan mual dan muntah. Tapi sekarang makan Vita-Lea, B-Complex dan Vitamin C.. Selain tu, makan hati dan kerang and also bayam.


 

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih